BANTUAN PERMAI 2021 [RM500 PEMANDU BAS SEKOLAH]
1. Apakah nama inisiatif ini? Open
PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) RM500 untuk Pemandu Bas Sekolah
2. Siapakah yang layak menerima bantuan PERMAI ini? Open
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
i.Warganegara Malaysia;
ii.Pemandu memiliki lesen memandu D atau E atau kedua-duanya sekali yang masih dalam tempoh sahlaku
iii.Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
iv.Pemandu bekerja dengan syarikat yang memiliki Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan yang dalam tempoh sah laku dengan APAD pada 13 Januari 2021;
v.Pemandu bas sekolah yang bekerja dengan Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah tidak layak.
3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Bagaimana saya perlu memohon? Open
Ya, anda adalah layak selagi mana anda memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku.
Anda juga tidak perlu buat permohonan baharu. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang memenuhi kriteria secara auto-kredit ke dalam akaun bank anda bermula pada 26 Februari 2021.
4. Saya bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini Bolehkah saya memohon Bantuan PERMAI ini dan bagaimana cara bayaran dibuat? Open
Bagi Pemandu yang bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 namun telah memenuhi kriteria kelayakan pada kali ini, boleh memohon dengan cara mengarah syarikat pengendali untuk mendaftarkan nama mereka di dalam laman web http:// permai2021.apad.gov.my bermula 19 Februari 2021. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang layak secara auto-kredit ke dalam akaun bank masing-masing setelah proses saringan selesai.
5. Bagaimanakah cara syarikat mengisi maklumat yang diperlukan? Bolehkan Pemandu mengisi sendiri maklumat? Open
Pemandu tidak boleh mengisi maklumat sendiri. Hanya wakil majikan syarikat pengendali bas sekolah perlu melayar portal web http:// permai2021.apad.gov.my untuk mengisi butiran syarikat serta butiran pemandu bas masing-masing termasuk nombor akaun bank pemandu
6. Berapa lamakah masa yang diberi kepada syarikat untuk mengisi maklumat yang diperlukan? Open
Wakil majikan perlu mengisi dan menghantar maklumat di dalam portal tersebut dalam tempoh 14 hari bermula dari 19 Februari 2021 sehingga 4 Mac 2021. Portal boleh diakses 24 jam setiap hari
7. Adakah semua syarikat bas sekolah boleh mengakses portal tersebut? Open
Hanya syarikat pengendali bas sekolah memiliki Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan APAD pada 13 Januari 2021, boleh mengakses portal dengan mengisi nombor Lesen Pengendali syarikat
8. Adakah semua pemandu yang diisi oleh syarikat di dalam portal akan dapat bantuan secara automatik? Open
Tidak. Senarai pemandu akan disaring untuk memastikan kesemua kriteria kelayakan yang ditetapkan dipatuhi
9. Bilakah pemandu bas sekolah akan menerima Bantuan PERMAI 2021 ini? Open
Pemandu yang menerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini serta menepati syarat kelayakan akan menerima bayaran secara auto-kredit ke dalam akaun bank anda bermula pada 26 Februari 2021. Bagi Pemandu lain yang baru mendaftar akaun bank akan menerima bayaran secara auto-kredit bermula 19 Mac 2021