BANTUAN PERMAI 2021 [RM500 PEMANDU BAS PERSIARAN]
8. Adakah semua pemandu yang diisi oleh syarikat di dalam portal akan dapat bantuan secara automatik? Open
Tidak. Senarai pemandu akan disaring untuk memastikan kesemua kriteria kelayakan yang ditetapkan dipatuhi
7. Adakah semua syarikat pelancongan boleh mengakses portal tersebut? Open
Hanya syarikat pelancongan memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 13 Januari 2021 serta mempunyai lesen kenderaan daripada APAD, boleh mengakses portal dengan mengisi nombor pendaftaran SSM syarikat.
6. Berapa lamakah masa yang diberi kepada syarikat untuk mengisi maklumat yang diperlukan? Open
Wakil majikan perlu mengisi dan menghantar maklumat di dalam portal tersebut dalam tempoh 14 hari bermula dari 19 Februari 2021 sehingga 4 Mac 2021. Portal boleh diakses 24 jam setiap hari
5. Bagaimanakah cara syarikat mengisi maklumat yang diperlukan? Bolehkan Pemandu mengisi sendiri maklumat? Open
Pemandu tidak boleh mengisi maklumat sendiri. Hanya wakil majikan syarikat pelancongan perlu melayar portal web http:// permai2021.apad.gov.my untuk mengisi butiran syarikat serta butiran pemandu bas masing-masing termasuk nombor akaun bank pemandu
4. Saya bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini Bolehkah saya memohon Bantuan PERMAI ini dan bagaimana cara bayaran dibuat? Open
Bagi Pemandu yang bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 namun telah memenuhi kriteria kelayakan pada kali ini, boleh memohon dengan cara mengarah syarikat pengendali untuk mendaftarkan nama mereka di di dalam laman web http:// permai2021.apad.gov.my bermula 19 Februari 2021. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang layak secara auto-kredit ke dalam akaun bank masing-masing setelah proses saringan selesai.
3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Bagaimana saya perlu memohon? Open
Ya, anda adalah layak selagi mana anda memiliki Lesen Vokasional (PSV) , atau lesen E atau lesen memandu lain yang berkenaan yang masih dalam tempoh sahlaku.
Anda juga tidak perlu buat permohonan baharu. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang memenuhi kriteria secara auto-kredit ke dalam akaun bank anda bermula pada 26 Februari 2021.
2. Siapakah yang layak menerima bantuan PERMAI ini? Open
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
i.Warganegara Malaysia;
ii.Pemandu berstatus lantikan tetap oleh syarikat serta mempunyai caruman PERKESO;
iii.Pemandu memiliki lesen vokasional (PSV) yang sah, atau lesen E yang sah atau lesen memandu lain yang berkenaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
iv.Pemandu bekerja dengan syarikat memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 13 Januari 2021 serta mempunyai lesen kenderaan daripada APAD
1. Apakah nama inisiatif ini? Open
PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) RM500 untuk Pemandu Bas Persiaran
BANTUAN PERMAI 2021 [RM500 PEMANDU BAS SEKOLAH]
1. Apakah nama inisiatif ini? Open
PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) RM500 untuk Pemandu Bas Sekolah
2. Siapakah yang layak menerima bantuan PERMAI ini? Open
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
i.Warganegara Malaysia;
ii.Pemandu memiliki lesen memandu D atau E atau kedua-duanya sekali yang masih dalam tempoh sahlaku
iii.Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
iv.Pemandu bekerja dengan syarikat yang memiliki Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan yang dalam tempoh sah laku dengan APAD pada 13 Januari 2021;
v.Pemandu bas sekolah yang bekerja dengan Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah tidak layak.
3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Bagaimana saya perlu memohon? Open
Ya, anda adalah layak selagi mana anda memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku.
Anda juga tidak perlu buat permohonan baharu. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang memenuhi kriteria secara auto-kredit ke dalam akaun bank anda bermula pada 26 Februari 2021.
4. Saya bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini Bolehkah saya memohon Bantuan PERMAI ini dan bagaimana cara bayaran dibuat? Open
Bagi Pemandu yang bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 namun telah memenuhi kriteria kelayakan pada kali ini, boleh memohon dengan cara mengarah syarikat pengendali untuk mendaftarkan nama mereka di dalam laman web http:// permai2021.apad.gov.my bermula 19 Februari 2021. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang layak secara auto-kredit ke dalam akaun bank masing-masing setelah proses saringan selesai.
5. Bagaimanakah cara syarikat mengisi maklumat yang diperlukan? Bolehkan Pemandu mengisi sendiri maklumat? Open
Pemandu tidak boleh mengisi maklumat sendiri. Hanya wakil majikan syarikat pengendali bas sekolah perlu melayar portal web http:// permai2021.apad.gov.my untuk mengisi butiran syarikat serta butiran pemandu bas masing-masing termasuk nombor akaun bank pemandu
6. Berapa lamakah masa yang diberi kepada syarikat untuk mengisi maklumat yang diperlukan? Open
Wakil majikan perlu mengisi dan menghantar maklumat di dalam portal tersebut dalam tempoh 14 hari bermula dari 19 Februari 2021 sehingga 4 Mac 2021. Portal boleh diakses 24 jam setiap hari
7. Adakah semua syarikat bas sekolah boleh mengakses portal tersebut? Open
Hanya syarikat pengendali bas sekolah memiliki Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan APAD pada 13 Januari 2021, boleh mengakses portal dengan mengisi nombor Lesen Pengendali syarikat
8. Adakah semua pemandu yang diisi oleh syarikat di dalam portal akan dapat bantuan secara automatik? Open
Tidak. Senarai pemandu akan disaring untuk memastikan kesemua kriteria kelayakan yang ditetapkan dipatuhi
9. Bilakah pemandu bas sekolah akan menerima Bantuan PERMAI 2021 ini? Open
Pemandu yang menerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini serta menepati syarat kelayakan akan menerima bayaran secara auto-kredit ke dalam akaun bank anda bermula pada 26 Februari 2021. Bagi Pemandu lain yang baru mendaftar akaun bank akan menerima bayaran secara auto-kredit bermula 19 Mac 2021
BANTUAN PERMAI 2021 [RM500 PEMANDU TEKSI & KERETA SEWA]
1. Apakah nama inisiatif ini? Open
PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) RM500 untuk Pemandu Teksi dan Kereta Sewa
2. Siapakah yang layak menerima bantuan PERMAI ini? Open
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
i.Warganegara Malaysia;
ii.Pemandu teksi yang menerima Bantuan PRIHATIN RM600 pada tahun 2020; atau
iii.Pemegang Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh APAD dan masih sah laku sehingga pada 13 Januari 2021;
iv.Lesen pengendali dan Lesen PSV dalam tempoh sah laku
v.Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu e-hailing RM500 di bawah inisiatif sama.
3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN RM600 pada tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Bagaimana saya perlu memohon? Open
Ya, semua Pemandu teksi & kereta sewa yang telah layak dan menerima Bantuan PRIHATIN RM600 pada tahun 2020 adalah layak secara automatic untuk menerima Bantuan PERMAI RM500 pada tahun ini.
Pemandu juga tidak perlu membuat apa-apa permohonan baharu. Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa Bantuan PRIHATIN tahun 2020 tersebut. Pembayaran akan dibuat secara auto-kredit bermula 22 Februari 2021
Namun sekiranya sebelum ini anda menerima Bantuan PRIHATIN 2020 dalam bentuk tunai dari BSN, untuk bayaran Bantuan PERMAI 2021 anda perlu mendaftar maklumat akaun bank anda di dalam laman web http://permai2021.apad.gov.my bermula 16 Februari 2021. Pembayaran akan dibuat secara auto-kredit bermula 15 Mac 2021
4. Saya bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini. Namun saya adalah Pemandu teksi dengan kad pemandu yang sah. Adakah saya layak untuk menerima Bantuan PERMAI 2021? Open
Sekiranya anda adalah Pemandu yang tidak menerima Bantuan PRIHATIN tahun 2020 namun memiliki kad Pemandu yang masih sah laku pada 13 januari 2021, anda adalah layak untuk menerima Bantuan PERMAI 2021. Anda perlu memasukkan maklumat akaun bank anda di dalam laman web http:// permai2021.apad.gov.my bermula 16 Februari 2021. Pembayaran akan dibuat secara auto-kredit bermula 15 Mac 2021
5. Sekiranya saya tiada akaun bank, bolehkah saya menerima Bantuan PERMAI 2021 secara tunai di kaunter? Open
Tidak boleh. Semua pembayaran kepada pemandu akan dibuat secara auto-kredit ke dalam akaun bank pemandu. Pemandu perlu membuka akaun di mana-mana bank pilihan pemandu. Pemandu berstatus muflis juga boleh membuka akaun bank dengan mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Insolvensi Malaysia terlebih dahulu. Selepas membuka akaun pemandu hendaklah mendaftar nombor akaun tersebut di dalam laman web http:// permai2021.apad.gov.my bermula 16 Februari 2021.
6. Berapa lamakah masa yang diberi kepada pemandu untuk mengisi maklumat akaun bank di laman web portal yang disediakan? Open
Pemandu perlu mengisi dan menghantar maklumat di dalam laman portal tersebut dalam tempoh 14 hari bermula dari 16 Februari 2021 sehingga 1 Mac 2021. Portal boleh diakses 24 jam setiap hari
7. Sekiranya saya pemandu teksi dan juga e-hailing, adakah saya akan menerima bantuan bagi kedua-dua kategori? Open
Tidak, pemandu hanya layak menerima salah satu kategori sahaja
8. Sekiranya saya memiliki dua buah teksi, adakah saya layak menerima dua kali bantuan? Open
Tidak, bantuan ini adalah secara one-off kepada setiap pemandu sahaja dan bukan mengikut jumlah permit mahupun kenderaan yang dimiliki
9. Kad pemandu saya tamat tempoh ketika PKP ini. Bagaimana saya nak pastikan saya menerima bantuan ini? Open
Untuk Pemandu penerima Bantuan PRIHATIN 2020 anda adalah layak secara automatic untuk menerima Bantuan PERMAI 2021.
Untuk Pemandu baharu dan Pemandu yang bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini, tempoh sah laku Kad Pemandu diambil kira pada 13 Januari 2021 iaitu sebelum PKP dilaksanakan. Kad Pemandu yang tamat selepas Tarikh 13 Januari 2021 akan tetap dikira sebagai layak
10. Kad Pemandu saya telah tamat tempoh sebelum PKP (13 Jan 2021) namun saya tidak memperbaharui Kad Pemandu saya. Saya hanya memperbaharuinya selepas mendengar pengumuman PM, adakah saya layak memohon Bantuan PERMAI? Open
Untuk Pemandu penerima Bantuan PRIHATIN 2020 anda adalah layak secara automatic untuk menerima Bantuan PERMAI 2021.
Untuk Pemandu baharu dan Pemandu yang bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini, kad Pemandu anda perlu aktif (dalam tempoh sah laku) pada 13 Januari 2021. Tarikh semakan data Kad Pemandu yang aktif telah dibuat dan hanya mengambil kira kad Pemandu yang masih sah laku pada 13 Januari 2021 sahaja.
BANTUAN PERMAI 2021 [RM500 PEMANDU E-HAILING]
1. Apakah nama inisiatif ini? Open
PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) RM500 untuk Pemandu E-Hailing
2. Siapakah yang layak menerima bantuan PERMAI ini? Open
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
i.Warganegara Malaysia;
ii.Pemandu perlu berdaftar dengan mana-mana E-Hailing Operator yang sah
iii.Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
iv.Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD);
v.Pemandu dengan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM700 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020; dan
vi.Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM500 di bawah inisiatif sama.
3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN RM500 pada tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Open
Anda adalah layak selagi mana anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di soalan (2).
4. Bagaimanakah cara memohon Bantuan PERMAI ini dan bagaimana cara bayaran dibuat? Open
Pemandu tidak perlu membuat sebarang permohonan. EHO menyediakan senarai nama Pemandu yang menepati kriteria kelayakan kepada APAD untuk proses saringan. Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada EHO dan pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO kepada Pemandu masing-masing.
5. Sekiranya saya pemandu teksi dan juga e-hailing, adakah saya akan menerima bantuan bagi kedua-dua kategori? Open
6. Bilakah pemandu e-hailing akan menerima bantuan ini? Open
Pembayaran kepada EHO akan dibuat bermula 26 Februari 2020 untuk EHO membayar kepada pemandu. Pemandu e-hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntut bantuan dengan EHO masing-masing pada Tarikh tersebut.
7. Saya berdaftar dan memandu untuk dua syarikat e-hailing. Adakah saya akan mendapat dua kali bayaran bantuan? Open
Tidak, bantuan ini secara one-off kepada setiap pemandu sahaja dan bukan mengikut jumlah EHO disertai mahupun jumlah eVP yang dimiliki
8. Saya pemandu e-hailing secara part-time. Adakah saya layak? Open
Pemandu full time dan part time adalah layak sekiranya memenuhi kriteria kelayakan seperti di soalan (2)
9. Akaun e-hailing saya digantung oleh EHO. Adakah saya layak memohon? Open
Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status penggantungan akaun tuan dengan EHO segera bagi mengelakkan nama tuan tercicir dari senarai penerima yang layak