Industri Teksi adalah terbahagi kepada tujuh (7) kelas lesen utama iaitu Teksi, Kereta Sewa, Teksi Mewah, Teksi Lapangan Terbang, Kereta Sewa dan Pandu, Kenderaan E-Hailing dan Syarikat E-hailing.
Berikut adalah perincian kepada industri teksi:
Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam (6) orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang pada mana-mana perjalanan sebagai balasan kepada satu tambang.
Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam (6) atau, dalam kawasan yang dibenarkan oleh APAD, dua belas (12) orang (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka.
Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh (7) orang (termasuk pemandu) dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran.
Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh (7) orang (termasuk pemandu) yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap dalam suatu kawasan yang dibenarkan.
Kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya.
Kenderaan motor yang muatan tempat duduknya empat (4) orang dan tidak lebih daripada sebelas (11) orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.
Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari
Today 1874
Yesterday 3317
Week 5191
Month 28948
Number of Visitors: 1562656