Kenderaan barangan ertinya mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan atau sesuatu treler yang dibina atau yang disesuaikan sedemikian. Pengangkutan kenderaan barangan berfungsi untuk membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh sistem jaringan jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan. Terbahagi kepada dua (2) kelas lesen iaitu Pembawa ‘A’ dan Pembawa ‘C’. Mana-mana kenderaan barangan yang didaftarkan dan dilesenkan dengan BDM 7,500kg ke bawah adalah dengan serta-merta diklasifkasikan sebagai kenderaan barangan De-Controlled dan adalah dihadkan hanya dibenarkan untuk membawa barangan milik sendiri sahaja iaitu barangan perniagaan pemilik kenderaan tersebut sahaja.
ertinya kenderaan yang membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.


ertinya kenderaan yang membawa barangan sendiri bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.
Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari
Today 2263
Yesterday 2447
Week 11515
Month 12961
Number of Visitors: 2662625