facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

PERKHIDMATAN DI TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

PERKHIDMATAN DI TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

1. Adakah terminal pengangkutan awam darat akan beroperasi seperti biasa? Open

Ya, terminal pengangkutan awam darat akan dibenarkan utuk beroperasi seperti biasa.

Ya, terminal pengangkutan awam darat akan dibenarkan utuk beroperasi seperti biasa.

0 answers797 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

2. Apakah tindakan kawalan kesihatan dan keselamatan yang akan dilaksanakan di terminal? Open

Semua pihak operator terminal telah diminta untuk melaksanakan semua langkah-langkah kawalan kesihatan seperti berikut:- memeriksa suhu badan penumpang yang berurusan…

Semua pihak operator terminal telah diminta untuk melaksanakan semua langkah-langkah kawalan kesihatan seperti berikut:-

  1. memeriksa suhu badan penumpang yang berurusan di terminal. Penumpang yang mempunyai simtom akan diminta untuk pulang ke rumah;
  2. Pengendali terminal hendaklah menyediakan keperluan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di kaunter tiket dan kawasan pintu utama;
  3. Pengendali terminal hendaklah melabel tempat seperti balai ketibaan/pelepasan (waiting area), kaunter tiket atau mana-mana tempat tumpuan pengguna dengan menggunakan pelekat khas bagi memberi panduan kepada pengguna terminal untuk mematuhi penjarakan fizikal minima 1 meter;
  4. Memastikan kedudukan kerusi di dalam balai pelepasan perlu dijarakkan selang 1 kerusi dan pengendali terminal hendaklah memastikan kawalan kapasiti penumpang adalah berdasarkan kapasiti yang membenarkan penjarakan fizikal minima 1 meter;
  5. Pengendali terminal hendaklah mengalakkan orang awam untuk membuat pembelian dan pembayaran tiket di mesin tiket layan diri;
  6. Penumpang, pekerja dan peniaga hendaklah memakai pelitup muka pada setiap masa;
  7. Pengendali terminal hendaklah membuat pengumuman kawalan dan pencegahan COVID-19 secara berkala;
  8. Pengendali terminal dikehendaki menjalankan proses pembersihan dan nyahkuman/disinfekasi dengan kerap di kawasan yang selalu disentuh seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang dan mana-mana tempat yang kerap diguna (minima setiap 8 jam); dan
  9. Memastikan pekerja serta peruncit di kawasan terminal perlu menjalani saringan gejala setiap hari sebelum memulakan operasi. Mereka akan dibenarkan beroperasi sehingga mendapatkan keputusan positif atau mempunyai simptom, di mana mereka akan diarahkan berhenti beroperasi sepenuhnya.
0 answers556 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari

Today 844

Yesterday 1007

Week 2343

Month 17057

Number of Visitors: 1078150

  • Last Updated :05 June 2024.