facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

Perkhidmatan Kenderaan Barangan

Kenderaan barangan ertinya mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan atau sesuatu treler yang dibina atau yang disesuaikan sedemikian. Pengangkutan kenderaan barangan berfungsi untuk membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh sistem jaringan jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan. Terbahagi kepada dua (2) kelas lesen iaitu Pembawa ‘A’ dan Pembawa ‘C’. Mana-mana kenderaan barangan yang didaftarkan dan dilesenkan dengan BDM 7,500kg ke bawah adalah dengan serta-merta diklasifkasikan sebagai kenderaan barangan De-Controlled dan adalah dihadkan hanya dibenarkan untuk membawa barangan milik sendiri sahaja iaitu barangan perniagaan pemilik kenderaan tersebut sahaja.

Lesen Pembawa 'A'

Tafsiran
Tafsiran

ertinya kenderaan yang membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.

Jenis Perkhidmatan
Jenis Perkhidmatan
  • Kontena
  • Bukan Kontena
Tanda Pengenalan
Tanda Pengenalan
  • Penanda ‘KA’ di badan kenderaan bagi perkhidmatan kontena
  • Penanda ‘A’ di badan kenderaan bagi perkhidmatan bukan kontena
Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Seluruh Semenanjung Malaysia
Jenis kadar tambang
Jenis kadar tambang
  • Mohon rujuk Pekeliling Bil. 8 Tahun 2009
Image
Image

Lesen Pembawa 'C'

Tafsiran
Tafsiran

ertinya kenderaan yang membawa barangan sendiri bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Seluruh Semenanjung Malaysia
Tanda Pengenalan
Tanda Pengenalan
  • Penanda ‘C’ di badan kenderaan
Jenis kadar tambang
Jenis kadar tambang
  • N/A
  • Modified on: 09 Jan 2024
  • Print
  • 172467
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari

Today 459

Yesterday 679

Week 4034

Month 23759

Number of Visitors: 987410

  • Last Updated :29 March 2024.