facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

Rail Planning Division

Introduction

Pengangkutan rel merupakan mod pengangkutan utama yang merangkumi sektor rel bandar, hubungan antara bandar dan pengangkutan kargo. Dengan purata sebulan 13 juta penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel bandar, 400,000 penumpang rel antara bandar dan 500,000 tan kargo, pengangkutan rel kekal sebagai pengangkutan pilihan rakyat terutama dalam landskap pembangunan urbanisasi. Ini adalah kerana ciri utamanya yang lebih efisien dalam mengurangkan kos dan masa perjalanan, mengurangkan kesesakan trafik, menyumbang kepada gaya hidup rendah karbon (low carbon society) serta lain-lain lagi.

Bagi memastikan prestasi perkhidmatan sistem rel kekal boleh dipercayai (reliable), boleh dicapai (accessible), boleh tersedia (available), berintegrasi, menepati masa dan selamat, Bahagian Penguatkuasaan Rel telah dibentuk sebagai satu usaha transfomasi institusi dengan fokus utama mengawal selia operasi perkhidmatan sistem rel di semua jajaran di Semenanjung Malaysia.

 

·         Merancang dan melaksana pemeriksaan tahap kesediaan dan keselamatan aset kereta api termasuk fasiliti dan operasi secara berkala dan mengejut.

·         Pengurusan kes insiden, kemalangan rel dan gangguan perkhidmatan serta mengawal selia prestasi perkhidmatan (service performance) pengendali kereta api berlesen.

·         Kawal selia pembangunan dan aktiviti terhad di zon Perlindungan Kereta Api melalui Peraturan - Peraturan Zon Perlindungan Kereta Api 1998.

·         Aktiviti penyiasatan yang melibatkan kemalangan dan insiden serta gangguan perkhidmatan kereta api.

·         Unit Pemeriksaan

ü  Melaksanakan pemeriksaan berkala dan mengejut terhadap aset kereta api dalam aspek tahap kesediaan, keselamatan, pematuhan jadual penyelenggaraan dan lain-lain yang melibatkan 9 komponen iaitu Stesen, Stok Kereta, Landasan & Koridor, Lintasan Awam, Sistem Semboyan & Perhubungan, Elektrifikasi & Tarikan Kuasa, Depoh, Jambatan & Terowong dan Operasi & Perkhidmatan Tren.

ü  Membentang laporan pemeriksaan kepada pihak pengendali untuk tindakan lanjut.

ü  Pelaporan bulanan statistik pemeriksaan kepada pihak pengurusan APAD dan Kementerian Pengangkutan.

 

·         Unit Pengurusan Insiden, Kemalangan & Prestasi Perkhidmatan

ü  Melaksanakan koordinasi pengurusan kes insiden dan kemalangan serta sebarang gangguan perkhidmatan kereta api berdasarkan laporan awal Notis 24 Jam selaras dengan keperluan Akta 715.

ü  Mengawal selia pelan tindakan kecemasan (ERP) pengendali perkhidmatan kereta api.

ü  Memantau prestasi perkhidmatan (service performance) seperti pematuhan jadual perjalanan, kadar tambang, kekerapan, condition of carriage dan lain-lain.

ü  Menyemak dan mengesyorkan kelulusan bagi permohonan perubahan jadual perjalanan, penutupan dan pembukaan semula operasi, sewa khas dan lain-lain untuk kelulusan Ketua Pengarah APAD.

ü  Pelaporan bulanan insiden & kemalangan kereta api kepada pihak pengurusan APAD dan Kementerian Pengangkutan.

 

·         Unit Zon Perlindungan Kereta Api (RPZ)

ü  Menyemak dan memberikan ulasan bagi permohonan aktiviti pembangunan terhad di zon perlindungan kereta api selaras dengan Peraturan-Peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998.

ü  Memantau dan mengesyorkan penggantungan atau perberhentian pembangunan/ aktiviti terhad di dalam zon perlindungan kereta api kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat isu keselamatan yang membabitkan penumpang, pekerja, operasi atau aset kereta api.

ü  Pengurusan aduan keselamatan yang diterima daripada pemilik aset kereta api atau pengendali perkhidmatan kereta api.

ü  Pelaporan bulanan kepada pihak pengurusan APAD dan Kementerian Pengangkutan.

 

·         Unit Penyiasatan

ü  Melaksana penyiasatan kemalangan, insiden dan gangguan perkhidmatan kereta api di Semenanjung Malaysia.

ü  Mengemukakan laporan kes siasatan kepada Penasihat Undang-Undang APAD untuk tindakan lanjut.

ü  Membentangkan hasil siasatan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Rel (JPR). 

ü  Pelaporan bulanan kes penyiasatan kepada pihak pengurusan APAD dan Kementerian Pengangkutan.

  • Modified on: 19 Apr 2023
  • Print
  • 8311
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari

Today 23

Yesterday 908

Week 5218

Month 13896

Number of Visitors: 1002636

  • Last Updated :08 April 2024.