facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

tiktok

telegram

Soalan Lazim

MENGENAI APAD

1. Apakah itu APAD ? Open

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertanggungjawab dalam perancangan, penyelarasan, pelesenan dan…

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertanggungjawab dalam perancangan, penyelarasan, pelesenan dan pengawalseliaan perkhidmatan pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia.

0 answers 92 views Posted  2 years  ago by  irman
Was this helpful?
Loading...
2

2. Apakah fungsi utama APAD ? Open

Merancang dan membangunkan dasar pengangkutan awam darat. Melaksanakan pelesenan bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat seperti bas, teksi, e-hailing dan kenderaan…
  1. Merancang dan membangunkan dasar pengangkutan awam darat.
  2. Melaksanakan pelesenan bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat seperti bas, teksi, e-hailing dan kenderaan barangan.
  3. Menyelia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan pengangkutan awam darat.
  4. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap dan mesra pengguna.
0 answers 81 views Posted  2 years  ago by  irman
Was this helpful?
Loading...
29

3. Apakah jenis lesen yang dikeluarkan oleh APAD ? Open

APAD mengeluarkan lesen bagi kategori berikut: Lesen Pengendali Kenderaan Barangan Lesen Pengendali Bas Lesen Perniagaan Pengantaraan (e-Hailing) Lesen Teksi

APAD mengeluarkan lesen bagi kategori berikut:

  • Lesen Pengendali Kenderaan Barangan
  • Lesen Pengendali Bas
  • Lesen Perniagaan Pengantaraan (e-Hailing)
  • Lesen Teksi
0 answers 106 views Posted  2 years  ago by  irman
Was this helpful?
Loading...
28

4. Bagaimana cara memohon lesen pengendali atau Kenderaan ? Open

Permohonan lesen boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem iSPKP di portal iportal.ispkp.gov.my atau hadir ke pejabat APAD yang berhampiran.…

Permohonan lesen boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem iSPKP di portal iportal.ispkp.gov.my atau hadir ke pejabat APAD yang berhampiran. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, geran kenderaan, sijil pendaftaran syarikat dan sebagainya.

0 answers 192 views Posted  2 years  ago by  irman
Was this helpful?
Loading...
0

5. Apakah itu iSPKP ? Open

iSPKP (Sistem Pelesenan Kendaraan Perdagangan) adalah sistem rasmi dalam talian bagi urusan permohonan lesen, pembaharuan, pertukaran hak milik dan semakan…

iSPKP (Sistem Pelesenan Kendaraan Perdagangan) adalah sistem rasmi dalam talian bagi urusan permohonan lesen, pembaharuan, pertukaran hak milik dan semakan status permohonan lesen kenderaan perkhidmatan awam serta kenderaan barangan.

0 answers 105 views Posted  2 years  ago by  irman
Was this helpful?
Loading...
2

6. Bagaimana untuk membuat aduan berkaitan pengangkutan awam darat ? Open

Aduan boleh dibuat melalui saluran berikut : Aduan MOT : https://mot.spab.gov.my Talian hotline: 1-800-88-7723

Aduan boleh dibuat melalui saluran berikut :

0 answers 1001 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

7. Siapakah yang perlu memiliki lesen pengendali ? Open

Semua syarikat atau individu yang mengendalikan kenderaan untuk perkhidmatan pengangkutan awam atau barangan seperti bas, teksi, lori, van sekolah dan…

Semua syarikat atau individu yang mengendalikan kenderaan untuk perkhidmatan pengangkutan awam atau barangan seperti bas, teksi, lori, van sekolah dan lain-lain diwajibkan untuk memiliki lesen pengendali daripada APAD.

0 answers 948 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

8. Di manakah lokasi pejabat APAD ? Open

Pejabat utama APAD terletak di Menara Tun Ismail Mohamad Ali (TIMA), Kuala Lumpur. Namun, terdapat juga pejabat APAD di beberapa…

Pejabat utama APAD terletak di Menara Tun Ismail Mohamad Ali (TIMA), Kuala Lumpur. Namun, terdapat juga pejabat APAD di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Terengganu dan Johor. Lokasi dan waktu operasi boleh dirujuk di laman web rasmi APAD.

0 answers 900 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

9. Adakah APAD menyediakan sebarang insentif atau bantuan kepada pengusaha pengangkutan awam ? Open

Ya, dari semasa ke semasa APAD bersama Kementerian Pengangkutan akan menawarkan insentif seperti subsidi SBST dan ISBSF. Maklumat lanjut boleh…

Ya, dari semasa ke semasa APAD bersama Kementerian Pengangkutan akan menawarkan insentif seperti subsidi SBST dan ISBSF. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web APAD.

0 answers 976 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

10. Apakah tanggungjawab pengendali selepas mendapat lesen ? Open

Pengendali bertanggungjawab memastikan: Kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat dan diselenggara. Mematuhi laluan, jadual dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan. Mematuhi segala…
0 answers 848 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

11. Adakah APAD mengadakan program latihan kepada pengusaha dan pemandu ? Open

Ya. APAD secara berkala mengadakan sesi Latihan ICOP Keselamatan yang boleh disertai oleh pengusaha dan pemandu berdaftar.

Ya. APAD secara berkala mengadakan sesi Latihan ICOP Keselamatan yang boleh disertai oleh pengusaha dan pemandu berdaftar.

0 answers 1228 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

12. Apakah tindakan yang boleh dikenakan jika pengendali melanggar syarat lesen ? Open

APAD boleh mengenakan: Gantung atau batal lesen Sekatan permohonan baru Tindakan diambil mengikut kesalahan di bawah Akta 715.

APAD boleh mengenakan:

  • Gantung atau batal lesen
  • Sekatan permohonan baru
  • Tindakan diambil mengikut kesalahan di bawah Akta 715.
0 answers 1647 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

13. Adakah perkhidmatan e-hailing juga dikawal selia oleh APAD ? Open

Ya. APAD mengawal selia lesen pengendali e-hailing.

Ya. APAD mengawal selia lesen pengendali e-hailing.

0 answers 932 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

14. Bagaimanakah APAD menyokong transformasi digital dalam perkhidmatan pengangkutan awam ? Open

APAD menyokong transformasi digital melalui: Pembangunan dan penggunaan sistem iSPKP Kerjasama dengan operator e-hailing berlesen Sistem pengurusan aduan secara digital…

APAD menyokong transformasi digital melalui:

  • Pembangunan dan penggunaan sistem iSPKP
  • Kerjasama dengan operator e-hailing berlesen
  • Sistem pengurusan aduan secara digital
  • Kajian ke arah penggunaan data analitik untuk penambahbaikan laluan dan perkhidmatan.
0 answers 1217 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

15. Apakah perbezaan antara lesen pengendali dan lesen Kenderaan ? Open

Lesen Pengendali: Dikeluarkan kepada syarikat atau individu untuk membenarkan mereka mengendalikan perkhidmatan. Lesen Kenderaan: Dikeluarkan kepada kenderaan tertentu yang digunakan…

Lesen Pengendali: Dikeluarkan kepada syarikat atau individu untuk membenarkan mereka mengendalikan perkhidmatan.

Lesen Kenderaan: Dikeluarkan kepada kenderaan tertentu yang digunakan dalam operasi di bawah lesen pengendali tersebut.

0 answers 796 views Posted  2 years  ago by  altfatech
Was this helpful?
Loading...
0
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : Klik Sini

Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari

Today 264

Yesterday 1055

Week 6371

Month 1319

Number of Visitors: 1404724

  • Last Updated :21 April 2025.