BANTUAN PERMAI 2021 [RM500 PEMANDU E-HAILING]
1. Apakah nama inisiatif ini? Open
PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) RM500 untuk Pemandu E-Hailing
2. Siapakah yang layak menerima bantuan PERMAI ini? Open
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
i.Warganegara Malaysia;
ii.Pemandu perlu berdaftar dengan mana-mana E-Hailing Operator yang sah
iii.Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
iv.Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD);
v.Pemandu dengan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM700 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020; dan
vi.Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM500 di bawah inisiatif sama.
3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN RM500 pada tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Open
Anda adalah layak selagi mana anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di soalan (2).
4. Bagaimanakah cara memohon Bantuan PERMAI ini dan bagaimana cara bayaran dibuat? Open
Pemandu tidak perlu membuat sebarang permohonan. EHO menyediakan senarai nama Pemandu yang menepati kriteria kelayakan kepada APAD untuk proses saringan. Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada EHO dan pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO kepada Pemandu masing-masing.
5. Sekiranya saya pemandu teksi dan juga e-hailing, adakah saya akan menerima bantuan bagi kedua-dua kategori? Open
6. Bilakah pemandu e-hailing akan menerima bantuan ini? Open
Pembayaran kepada EHO akan dibuat bermula 26 Februari 2020 untuk EHO membayar kepada pemandu. Pemandu e-hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntut bantuan dengan EHO masing-masing pada Tarikh tersebut.
7. Saya berdaftar dan memandu untuk dua syarikat e-hailing. Adakah saya akan mendapat dua kali bayaran bantuan? Open
Tidak, bantuan ini secara one-off kepada setiap pemandu sahaja dan bukan mengikut jumlah EHO disertai mahupun jumlah eVP yang dimiliki
8. Saya pemandu e-hailing secara part-time. Adakah saya layak? Open
Pemandu full time dan part time adalah layak sekiranya memenuhi kriteria kelayakan seperti di soalan (2)
9. Akaun e-hailing saya digantung oleh EHO. Adakah saya layak memohon? Open
Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status penggantungan akaun tuan dengan EHO segera bagi mengelakkan nama tuan tercicir dari senarai penerima yang layak