facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

MENGENAI OPERASI LOGISTIK DAN PARCEL HAILING (PHAILING) SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)/BERSYARAT(PKPB)/PEMULIHAN (PKPP) [LOGISTIK] & [Parcel-Hailing (p-Hailing)] SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

MENGENAI OPERASI LOGISTIK DAN PARCEL HAILING (PHAILING) SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)/BERSYARAT(PKPB)/PEMULIHAN (PKPP) [LOGISTIK] & [Parcel-Hailing (p-Hailing)] SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

1. Adakah aktiviti logistik dibenarkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP)/ Bersyarat (PKPB) / Pemulihan (PKPP)? Open

Sektor pengangkutan dan logistik telah dibenarkan beroperasi sebagai Perkhidmatan Perlu (Essential Services) merujuk kepada Jadual Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit…

Sektor pengangkutan dan logistik telah dibenarkan beroperasi sebagai Perkhidmatan Perlu (Essential Services) merujuk kepada Jadual Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 (P.U(A) 8) bertarikh 12 Januari 2021. Kelulusan untuk terus beroperasi tertakluk kepada penyampaian perkhidmatan perlu yang telah disenaraikan dan sedang berkuatkuasa.

Aktiviti-aktiviti logistik yang dibenarkan adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Perkhidmatan freight forwarder dan agen kastam
  2. Operasi lori hauliers
  3. Operasi rel barangan (freight train)
  4. Operasi shipping line dan Non Vessel Operating Common Carrier (NVOCC)
  5. Operasi kargo udara (air freight)
  6. Aktiviti penstoran (pergudangan, off dock dan sebagainya)
  7. Operasi Inland Container Depot
  8. Operasi ancillary services kepada pengangkutan melalui darat, air atau udara (towing, bengkel, supply tayar etc)
0 answers478 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

2. Adakah syarikat logistik dan pengangkutan masih perlu memohon surat kelulusan beroperasi daripada MITI untuk beroperasi? Open

Tidak. Syarikat logistik dan pengangkutan tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan…

Tidak. Syarikat logistik dan pengangkutan tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

Pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada MOT dan memadai hanya dengan mendapat surat pengesahan daripada majikan masing-masing.

Sebagai makluman, tiada sekatan untuk kenderaan perdagangan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Bagi tujuan ini, laluan khas akan disediakan di setiap Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pemandu kenderaan perdagangan hanya perlu mengemukakan surat pengesahan majikan untuk beroperasi jika diminta oleh pihak berkuasa.

Bagi syarikat-syarikat sektor logistik yang lain (contohnya seperti freight forwarders, operator gudang) yang berdaftar dengan persatuan masing-masing, surat kebenaran daripada MOT boleh diperolehi dari persatuan masing-masing. Surat Kebenaran daripada MOT dan bukti keahlian persatuan perlu disertakan sekiranya diminta oleh pihak berkuasa. Manakala bagi syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan, surat kelulusan daripada MOT boleh dipohon menerusi pautan https://application.mot.gov.my/.

0 answers476 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

3. Adakah syarikat logistik boleh menghantar barangan ke lokasi yang tidak mendapat kebenaran beroperasi? Open

Sebelum melaksanakan penghantaran, pihak syarikat perlu memastikan pemilik kargo dibenarkan beroperasi (mempunyai surat kebenaran beroperasi daripada agensi berkaitan, contohnya MITI…

Sebelum melaksanakan penghantaran, pihak syarikat perlu memastikan pemilik kargo dibenarkan beroperasi (mempunyai surat kebenaran beroperasi daripada agensi berkaitan, contohnya MITI ) untuk menerima kargo yang akan dihantar. Dalam situasi kilang pembekal tidak dibenarkan beroperasi tetapi bahan mentah dari kilang pembekal tersebut boleh didapati di gudang, syarikat pengangkutan dibenarkan untuk membawa bahan tersebut ke kilang pembuatan untuk dikilangkan.

0 answers533 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

Semua jenis barangan boleh dibawa semasa tempoh PKP/PKPB/PKPP ini. Justeru tiada sebarang pemakluman akan dikeluarkan.

0 answers655 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

5. Apakah status pengoperasian e-fulfillment hubs/warehousing operations dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? Open

Kerajaan tiada halangan bagi pengoperasian e-fulfillment hubs/warehousing operations. Ini kerana, e-fulfillment hubs/warehousing operations tidak tertakluk di bawah Perintah Sekatan Pergerakan…

Kerajaan tiada halangan bagi pengoperasian e-fulfillment hubs/warehousing operations. Ini kerana, e-fulfillment hubs/warehousing operations tidak tertakluk di bawah Perintah Sekatan Pergerakan seperti yang digariskan dalam Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (PU(A) 8, 9 atau 10). Pihak industri diminta mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung penularan COVID-19.

Operasi pusat pengedaran (DC) yang melibatkan bekalan barangan keperluan (essential daily needs) dan makanan merangkumi e-commerce warehouse dan supporting warehouse services adalah dibenarkan untuk terus beroperasi, tertakluk kepada peraturan dan SOP PKP/PKPB/PKPP yang sedang berkuatkuasa.

0 answers428 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

6. Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat penyedia logistik untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini? Open

Sebelum melaksanakan penghantaran, pihak syarikat perlu memastikan gudang/kilang/syarikat pemilik kargo dibenarkan beroperasi untuk menerima kargo yang akan dihantar. Pihak syarikat…

Sebelum melaksanakan penghantaran, pihak syarikat perlu memastikan gudang/kilang/syarikat pemilik kargo dibenarkan beroperasi untuk menerima kargo yang akan dihantar. Pihak syarikat juga perlu mematuhi tatacara bekerja di pejabat dan lapangan sebagaimana SOP yang dikeluarkan oleh MKN.

Penjarakan fizikal perlu dijadikan sebagai norma dalam urusan seharian termasuk dalam urusan penghantaran barangan. Urusan pemunggahan yang kini turut dibantu oleh pekerja pengangkutan (pemandu & kelindan), terutama di kedai-kedai runcit, pusat membeli-belah dan kedai serbaneka, perlu dijalankan sepenuhnya oleh pemilik kargo dengan tenaga kerja minimum.

0 answers454 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

7. Adakah pengoperasian forwarding agent dan shipping agent di pelabuhan beroperasi dalam tempoh ini? Open

Operasi pelabuhan akan berjalan seperti biasa. Semua aktiviti pemunggahan dan pergerakan barang bagi kapal kargo dibenarkan berjalan seperti biasa dan…

Operasi pelabuhan akan berjalan seperti biasa. Semua aktiviti pemunggahan dan pergerakan barang bagi kapal kargo dibenarkan berjalan seperti biasa dan tidak terhad kepada essential items. Oleh itu, pengoperasian forwarding agent dan shipping agent juga akan berjalan seperti biasa di pelabuhanpelabuhan Malaysia. Tertakluk kepada pematuhan arahan pengoperasian serta arahan semasa MKN.

0 answers708 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

8. Adakah pergerakan kargo rentas sempadan melalui jalan darat di pintu masuk utama Malaysia (import, eksport dan transhipment) dibenarkan dalam tempoh ini? Open

Semua kru udara, anak-anak kapal serta pekerja lori yang memandu kenderaan berat untuk tujuan membawa barangan komersil adalah dibenarkan keluar…

Semua kru udara, anak-anak kapal serta pekerja lori yang memandu kenderaan berat untuk tujuan membawa barangan komersil adalah dibenarkan keluar dan masuk ke negara-negara bersempadan darat seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei, tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan PDRM.

Semua kru udara, anak-anak kapal serta pekerja lori dikehendaki menjalani saringan kesihatan dan mematuhi peraturan kawalan sempadan yang berkaitan sebagaimana peraturan semasa yang dipersetujui di antara Kerajaan Malaysia dengan negara –negara berkenan.

Syarikat diminta memastikan pekerja yang terlibat mempunyai pasport yang masih sah dan helaian dalam buku pasport mencukupi untuk urusan imigresen. Sekiranya pasport tamat, syarikat boleh menghubungi Pengarah Imigresen Negeri yang terlibat bagi memohon pembaharuan tempoh sah/pengeluaran buku pasport baharu dalam tempoh PKP.

Walaubagaimanapun, arahan ini tertakluk kepada arahan semasa MKN.

0 answers767 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

9. Adakah terdapat larangan pergerakan kenderaan barangan di jalan raya? Open

Tiada sebarangan larangan pergerakan kenderaan barangan di jalanraya. Walau bagaimanapun sekiranya boleh, pemilik kargo digalakkan menggunakan mod pengangkutan kargo melalui…

Tiada sebarangan larangan pergerakan kenderaan barangan di jalanraya. Walau bagaimanapun sekiranya boleh, pemilik kargo digalakkan menggunakan mod pengangkutan kargo melalui rel semaksima mungkin bagi mengurangkan risiko kontak COVID19 di kalangan pekerja lori. Antara segmen yang digalakkan ialah pemindahan antara terminal yang mempunyai perkhidmatan rel sedia ada iaitu di antara WestPort dan Northport di Pelabuhan Klang, dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang di Johor Bharu.

0 answers424 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

10. Adakah khidmat penghantaran barangan masih dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini? Open

Perkhidmatan penghantaran barangan masih dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan kepada Jadual Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan…

Perkhidmatan penghantaran barangan masih dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan kepada Jadual Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 (P.U(A) 8) bertarikh 12 Januari 2021.

Penunggang adalah diwajibkan untuk mempunyai lesen memandu penuh (CDL) yang sah dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun. Penunggang juga bebas daripada senarai hitam JPJ / PDRM. Semua entiti atau individu dinasihatkan untuk mempunyai perlindungan insurans kepada penunggang;

Semua penunggang hendaklah mematuhi semua peraturanperaturan jalan raya seperti memakai topi keledar dan sebagainya. Kotak yang akan dibawa bagi mengisi barangan hendaklah mematuhi saiz yang telah ditetapkan di bawah kaedah pembinaan dan penggunaan JPJ.

Atas dasar keselamatan, tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya inter-zone (localization), diwajibkan menggunakan laluan motosikal di mana digazetkan, dan pemakaian tanda baju yang jelas/selamat.

0 answers466 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

11. Bolehkah saya menggunakan kenderaan persendirian untuk membuat penghantaran barangan sepanjang tempoh PKP ini? Open

Sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta LPKP 1987(Akta 334), semua perkhidmatan kenderaan barangan perlu…

Sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta LPKP 1987(Akta 334), semua perkhidmatan kenderaan barangan perlu mempunyai lesen pengendali dan kenderaan yang digunakan didaftarkan sebagai kenderaan barangan sebelum dibenarkan beroperasi. Oleh yang demikian, kenderaan persendirian tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kenderaan barangan sama ada bagi perniagaan sendiri atau untuk pihak ketiga (bagi mendapatkan sewa/upah) sekiranya tidak dilesenkan atau didaftarkan terlebih dahulu.

0 answers852 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

12. Adakah kenderaan yang menghantar barangan dibenarkan beroperasi setiap masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini? Open

Walaupun operasi e-dagang dibenarkan beroperasi 24 jam, namun waktu penghantaran adalah di antara jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam sahaja,…

Walaupun operasi e-dagang dibenarkan beroperasi 24 jam, namun waktu penghantaran adalah di antara jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam sahaja, tertakluk kepada arahan semasa dari MKN.

Waktu operasi dan jenis barangan yang boleh dibawa tertakluk kepada zon yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

0 answers444 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

13. Apakah MOT ada menetapkan apa-apa syarat berkaitan saringan kesihatan sebelum syarikat/individu penghantar barangan dibenarkan beroperasi semasa PKP ini? Open

Sebelum beroperasi, syarikat/individu yang terlibat dalam industri p-hailing ini hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal, kesihatan dan contactless transaction selagi mana boleh…

Sebelum beroperasi, syarikat/individu yang terlibat dalam industri p-hailing ini hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal, kesihatan dan contactless transaction selagi mana boleh disediakan. Semua penunggang dinasihatkan untuk memakai face mask dan menggunakan hand sanitizer dan membasuh tangan secara kerap.

Penunggang diminta untuk menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman bagi kotak penghantaran setiap hari mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua penunggang hendaklah menjalani saringan kesihatan serta mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh KKM yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, pihak syarikat perlu membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan contact tracing pekerja yang telah dijangkiti COVID-19 dan pengurusan contact.

Kesemua penunggang p-hailing diwajibkan memuat turun dan mendaftar di aplikasi MySejahtera dan perlu menunjukan bukti pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.

0 answers483 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari

Today 780

Yesterday 1007

Week 2279

Month 16993

Number of Visitors: 1078086

  • Last Updated :05 June 2024.