BANTUAN PERMAI 2021 [RM500 PEMANDU BAS PERSIARAN]
8. Adakah semua pemandu yang diisi oleh syarikat di dalam portal akan dapat bantuan secara automatik? Open
Tidak. Senarai pemandu akan disaring untuk memastikan kesemua kriteria kelayakan yang ditetapkan dipatuhi
7. Adakah semua syarikat pelancongan boleh mengakses portal tersebut? Open
Hanya syarikat pelancongan memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 13 Januari 2021 serta mempunyai lesen kenderaan daripada APAD, boleh mengakses portal dengan mengisi nombor pendaftaran SSM syarikat.
6. Berapa lamakah masa yang diberi kepada syarikat untuk mengisi maklumat yang diperlukan? Open
Wakil majikan perlu mengisi dan menghantar maklumat di dalam portal tersebut dalam tempoh 14 hari bermula dari 19 Februari 2021 sehingga 4 Mac 2021. Portal boleh diakses 24 jam setiap hari
5. Bagaimanakah cara syarikat mengisi maklumat yang diperlukan? Bolehkan Pemandu mengisi sendiri maklumat? Open
Pemandu tidak boleh mengisi maklumat sendiri. Hanya wakil majikan syarikat pelancongan perlu melayar portal web http:// permai2021.apad.gov.my untuk mengisi butiran syarikat serta butiran pemandu bas masing-masing termasuk nombor akaun bank pemandu
4. Saya bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini Bolehkah saya memohon Bantuan PERMAI ini dan bagaimana cara bayaran dibuat? Open
Bagi Pemandu yang bukan penerima Bantuan PRIHATIN 2020 namun telah memenuhi kriteria kelayakan pada kali ini, boleh memohon dengan cara mengarah syarikat pengendali untuk mendaftarkan nama mereka di di dalam laman web http:// permai2021.apad.gov.my bermula 19 Februari 2021. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang layak secara auto-kredit ke dalam akaun bank masing-masing setelah proses saringan selesai.
3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Bagaimana saya perlu memohon? Open
Ya, anda adalah layak selagi mana anda memiliki Lesen Vokasional (PSV) , atau lesen E atau lesen memandu lain yang berkenaan yang masih dalam tempoh sahlaku.
Anda juga tidak perlu buat permohonan baharu. Pembayaran akan dibuat kepada Pemandu yang memenuhi kriteria secara auto-kredit ke dalam akaun bank anda bermula pada 26 Februari 2021.
2. Siapakah yang layak menerima bantuan PERMAI ini? Open
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :-
i.Warganegara Malaysia;
ii.Pemandu berstatus lantikan tetap oleh syarikat serta mempunyai caruman PERKESO;
iii.Pemandu memiliki lesen vokasional (PSV) yang sah, atau lesen E yang sah atau lesen memandu lain yang berkenaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
iv.Pemandu bekerja dengan syarikat memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 13 Januari 2021 serta mempunyai lesen kenderaan daripada APAD
1. Apakah nama inisiatif ini? Open
PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) RM500 untuk Pemandu Bas Persiaran