7. Bagaimanakah mengenai proses Institut Memandu? Open
Pengoperasian Institut Memandu (IM), E-hailing Operator (EHO) dan Pusat Ujian Komputer (E-khidmat) di kawasan yang terlibat dengan PKP adalah tidak dibenarkan beroperasi. Manakala bagi kawasan yang terlibat dengan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan pematuhan SOP yang ketat dan mengambil langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 yang telah digariskan oleh KKM.