Industri Bas adalah terbahagi kepada enam (6) kelas lesen utama iaitu Bas Berhenti-henti, Bas Ekspres, Bas Pengantara, Bas Sekolah, Bas Pekerja dan Bas Carter.
Kelas kenderaan pelancongan di bawah kategori bas ialah bas persiaran.
Bas yang berulang alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh APAD untuk membawa penumpang pada suatu perkhidmatan yang mengandungi peringkat tambang, dengan tambang, jadual waktu dan jadual tambang yang berasingan bagi setiap peringkat tambang.
Kawasan operasi
Kawasan operasi yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Mengambil dan menurunkan penumpang di hentian bas sepanjang laluan
Bas Ekspres
Tafsiran
Bas yang berulang-alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh APAD dengan jadual waktu dan tambang, untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan pada suatu perkhidmatan yang tidak mengandungi peringkat tambang dan jaraknya kurang daripada tiga puluh dua kilometer.
Jenis Perkhidmatan
Ekonomi
Eksekutif
Model operasi
Tempahan (pembelian tiket)
Kawasan operasi
Kawasan operasi yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Bas Pengantara
Tafsiran
Bas yang tidak mengandungi peringkat tambang yang digunakan untuk membawa penumpang pada suatu perjalanan pusingan mengikut tambang berasingan dari suatu pengkalan tetap dalam jarak yang linkungannya tidak melebihi tujuh kilometer.
Kawasan operasi
Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Berpangkalan di Kawasan yang ditetapkan oleh APAD
Bas Sekolah
Tafsiran
Bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain sebagai balasan bagi suatu bayaran yang tiada peringkat tambang
Kawasan operasi
Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Berdasarkan sewaan khas atau kontrak lantikan
Bas Pekerja
Tafsiran
Bas yang digunakan untuk membawa pekerja-pekerja dalam mana-mana industri ke dan dari tempat kerja mereka dan sebaliknya.
Kawasan operasi
Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Berdasarkan sewaan khas atau kontrak lantikan
Bas Carter
Tafsiran
Bas yang disewa seluruhnya bagi satu perjalanan yang baginya pembayaran dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas
Kawasan operasi
Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Berdasarkan kontrak perkhidmatan yang dipersetujui dengan pihak yang memberi kontrak