Bahagian Operasi Kenderaan Darat bertangunggjawab untuk melaksana, menyedia, mengumpul, merekod, menjalankan kajian serta memantau hala tuju pengoperasian kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan berdasarkan peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat dan Dasar Pengangkutan Negara bagi memastikan perkhidmatan awam lebih cekap,berkesan, responsif dan efisen.
Memantau dan mengawal selia piawaian prestasi pengendali melalui pengoperasian bas, kenderaan barangan, teksi dan perniagaan pengantara (e-hailing).
Mengadakan sesi libat urus secara berkala dengan Kementerian, Agensi-agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pengendali, Persatuan dan Pemain Industri.
Menganalisa dan menyelaras semua aktiviti pengumpulan, pengemaskinian, penyimpanan dan pelaporan data bas, kenderaan barangan, teksi dan perniagaan pengantara (e-hailing).
Menyelaras dan mengurus inisiatif program peringkat Kerajaan, Kementerian dan juga Agensi yang berkaitan pengangkutan awam dan perdagangan.
Membantu Kementerian Pengangkutan dalam membangunkan dasar dan perancangan pembangunan Industri Pengangkutan Awam Darat.
Mengawal selia dan memantau perkara-perkara berkaitan operasi bas, kenderaan barangan dan teksi serta perniagaan pengantara (e-hailing).
Menganalisa dan memberikan syor pelesenan bagi bas, kenderaan barangan dan teksi serta perniagaan pengantara (e-hailing).
Membuat sesi libat urus bersama industri.
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari
Hari Ini: 2106
Semalam 2447
Minggu Ini: 11358
Bulan Ini: 12804
Jumlah Pelawat: 2662468