Bahagian Perancangan Polisi Mod Jalan (PPMJ)
Pengenalan
Bahagian Perancangan Polisi Mod Jalan (PPMJ) berperanan utama dalam mengkaji, menggubal dan mengeluarkan polisi berkenaan pengawalseliaan operasi pengangkutan awam darat berpandukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan mana-mana akta berkaitan serta Dasar Pengangkutan Negara 2030 (DPN 2030).
- Menjalankan penyelidikan dan analisa, menyusun strategi dan mengumpul data/maklumat bagi tujuan penggubalan polisi berkenaan pengawalseliaan operasi pengangkutan awam darat dan halatuju industri pengangkutan awam darat.
- Mewujudkan dan menyelia pusat pangkalan data untuk penyelidikan dan maklumat.
- Menyelaras permohonan dan pemantauan pelaksanaan projek/program di bawah peruntukan pembangunan.
- Bertindak sebagai urusetia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Pembangunan dan Operasi APAD.