MENGENAI APAD
1. Apakah itu APAD ? Open
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertanggungjawab dalam perancangan, penyelarasan, pelesenan dan pengawalseliaan perkhidmatan pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia.
2. Apakah fungsi utama APAD ? Open
- Merancang dan membangunkan dasar pengangkutan awam darat.
- Melaksanakan pelesenan bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat seperti bas, teksi, e-hailing dan kenderaan barangan.
- Menyelia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan pengangkutan awam darat.
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap dan mesra pengguna.
3. Apakah jenis lesen yang dikeluarkan oleh APAD ? Open
APAD mengeluarkan lesen bagi kategori berikut:
- Lesen Pengendali Kenderaan Barangan
- Lesen Pengendali Bas
- Lesen Perniagaan Pengantaraan (e-Hailing)
- Lesen Teksi
4. Bagaimana cara memohon lesen pengendali atau Kenderaan ? Open
Permohonan lesen boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem iSPKP di portal iportal.ispkp.gov.my atau hadir ke pejabat APAD yang berhampiran. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, geran kenderaan, sijil pendaftaran syarikat dan sebagainya.
5. Apakah itu iSPKP ? Open
iSPKP (Sistem Pelesenan Kendaraan Perdagangan) adalah sistem rasmi dalam talian bagi urusan permohonan lesen, pembaharuan, pertukaran hak milik dan semakan status permohonan lesen kenderaan perkhidmatan awam serta kenderaan barangan.
6. Bagaimana untuk membuat aduan berkaitan pengangkutan awam darat ? Open
Aduan boleh dibuat melalui saluran berikut :
- Aduan MOT : https://mot.spab.gov.my
- Talian hotline: 1-800-88-7723
7. Siapakah yang perlu memiliki lesen pengendali ? Open
Semua syarikat atau individu yang mengendalikan kenderaan untuk perkhidmatan pengangkutan awam atau barangan seperti bas, teksi, lori, van sekolah dan lain-lain diwajibkan untuk memiliki lesen pengendali daripada APAD.
8. Di manakah lokasi pejabat APAD ? Open
Pejabat utama APAD terletak di Menara Tun Ismail Mohamad Ali (TIMA), Kuala Lumpur. Namun, terdapat juga pejabat APAD di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Terengganu dan Johor. Lokasi dan waktu operasi boleh dirujuk di laman web rasmi APAD.
9. Adakah APAD menyediakan sebarang insentif atau bantuan kepada pengusaha pengangkutan awam ? Open
Ya, dari semasa ke semasa APAD bersama Kementerian Pengangkutan akan menawarkan insentif seperti subsidi SBST dan ISBSF. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web APAD.
10. Apakah tanggungjawab pengendali selepas mendapat lesen ? Open
Pengendali bertanggungjawab memastikan:
- Kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat dan diselenggara.
- Mematuhi laluan, jadual dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan.
- Mematuhi segala peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
11. Adakah APAD mengadakan program latihan kepada pengusaha dan pemandu ? Open
Ya. APAD secara berkala mengadakan sesi Latihan ICOP Keselamatan yang boleh disertai oleh pengusaha dan pemandu berdaftar.
12. Apakah tindakan yang boleh dikenakan jika pengendali melanggar syarat lesen ? Open
APAD boleh mengenakan:
- Gantung atau batal lesen
- Sekatan permohonan baru
- Tindakan diambil mengikut kesalahan di bawah Akta 715.
13. Adakah perkhidmatan e-hailing juga dikawal selia oleh APAD ? Open
Ya. APAD mengawal selia lesen pengendali e-hailing.
14. Bagaimanakah APAD menyokong transformasi digital dalam perkhidmatan pengangkutan awam ? Open
APAD menyokong transformasi digital melalui:
- Pembangunan dan penggunaan sistem iSPKP
- Kerjasama dengan operator e-hailing berlesen
- Sistem pengurusan aduan secara digital
- Kajian ke arah penggunaan data analitik untuk penambahbaikan laluan dan perkhidmatan.
15. Apakah perbezaan antara lesen pengendali dan lesen Kenderaan ? Open
Lesen Pengendali: Dikeluarkan kepada syarikat atau individu untuk membenarkan mereka mengendalikan perkhidmatan.
Lesen Kenderaan: Dikeluarkan kepada kenderaan tertentu yang digunakan dalam operasi di bawah lesen pengendali tersebut.