Saiz Teks
Pilihan Warna A A

Direktori Pegawai

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklumbalas

Peta
Laman

Bahagian Khidmat Pengurusan

Pengenalan

Merancang halatuju, memberi khidmat nasihat dan mentadbir hal ehwal khidmat pengurusan agar memenuhi misi, visi dan nilai bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat.

  • Bahagian Khidmat Pengurusan.
  1. Merangka pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasiagar berupaya memenuhi misi, visi dan nilai bersama Agensi;
  2. Merangka, menganalisa dan memantau pengurusan kewanganagar efektif dan efisyen dalam memenuhi misi, visi dan nilai bersama Agensi;
  3. Merancang dan memantau hal ehwal pentadbiran dan khidmat sokonganagar memenuhi misi, visi dan nilai bersama Agensi.

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  1. Merancang dan menyelaras hal-hal berkaitan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan melibatkan urusan pengambilan, pelantikan dan peletakan jawatan mengikut prosedur yang terkandung dalam Peraturan-peraturan pegawai awam dan Pekeliling-Pekeliling yang berkaitan bagi kakitangan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  2. Merancang dan menyelaras urusan kemajuan kerjaya dan prestasi kakitangan.
  3. Menyelaras, mempertimbang dan menguruskan urusan melibatkan imbuhan, saraan dan pemberian ganjaran kakitangan.
  4. Merancang dan menyelaras pengurusan program latihan (kursus, bengkel, seminar, ceramah dan taklimat) secara anjuran jabatan atau kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain.
  5. Merancang dan menyelaras serta melaksanakan aktiviti pemantapan hubungan kerja melalui Program Pembangunan Organisasi berdasarkan perbincangan dan keperluan merangkumi aspek pembangunan, penambahbaikan kebajikan pekerja, pemulihan dan intervansi.
  6. Merancang dan menyelaras dalam hal ehwal pembangunan organisasi meliputi urusan permohonan pewujudan, pemansuhan, penggredan semula jawatan dan penyusunan semula organisasi di agensi.
  7. Mengkoordinasi dan menguruskan urusan-urusan terkait hal-hal pemantapan integriti kakitangan dan organisasi.

UNIT KEWANGAN, HASIL DAN PEROLEHAN

  1. Menguruskan hal ehwal belanjawan Agensi:
    i.Urusan Permohonan Belanjawan Mengurus APAD
    ii.Pengagihan belanjawan dan perancangan perbelanjaan.
    iii.Memantau serta menyediakan Laporan Prestasi Perbelanjaan Mengurus Bulanan dan Laporan Unjuran Perbelanjaan Suku Tahun
  2. Melaksanakan pengurusan bayaran, kawalan perbelanjaan dan perakaunan;
    i.Menguruskan semua proses bayaran bagi memastikan bil tuntutan dibayar tidak lewat dari tujuh (7) hari (dokumen lengkap)
    ii.Memproses dan mengemaskini gaji, emolumen dan elaun kakitangan APAD bertaraf tetap, kontrak dan sambilan
    iii.Menguruskan laporan penyata kewangan APAD dan dikemukakan kepada Kementerian
    iv.Menguruskan dan menyelenggara sebarang Akaun Amanah dan Deposit (Jika Ada)
  3. Melaksanakan pengurusan perolehan dan kontrak Agensi;
    i.Menyediakan perancangan perolehan Jabatan secara tahunan mengurussetiakan proses perolehan secara tender dan sebutharga
    ii.Menguruskan proses kelulusan eGPA (pengecualian khas MOF berbelanja diluar tatacara perolehan berkuatkuasa)
    iii.Mengemaskini maklumat perolehan di dalam sistem MyGPIS
  4. Melaksanakan pengurusan hasil dan terimaan;
    i.Memantau dan merekod penerimaan hasil bagi APAD
    ii.Merekod dan mengeluarkan resit terimaan
    iii.Menyediakan penyata pemungut dan memperakaunkan wang/cek/bank draft/wang pos di bank
  5. Melaksanakan tadbir urus kewangan mengikut peraturan Kerajaan.
    i.Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
    ii.Menyediakan Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
    iii.Melaksanakan Naziran Kewangan ke atas APAD Wilayah dan Cawangan
    iv.Menjadi penasihat dan perunding kepada APAD berkaitan dasar-dasar dan peraturan-peraturan berkiatan dengan Kewangan

UNIT PENGURUSAN PENTADBIRAN

  1. Urusan pentadbiran aset alih kerajaan;
    i.Mendaftar aset-aset alih jabatan berpandukan kepada tatacara pengurusan aset alih kerajaan;
    ii.Merekod pergerakan aset-aset alih jabatan berpandukan kepada tatacara pengurusan aset alih kerajaan;
    iii.Melupuskan aset-aset alih jabatan berpandukan kepada tatacara pengurusan aset alih kerajaan mengikut keperluan; dan
    iv.Melaksanakan proses pemeriksaan aset alih kerajaan sepanjang tahun.
  2. Urusan pentadbiran stok dan stor kerajaan;
    i.Menjalankan penerimaan stok jabatan berpandukan kepada tatacara pengurusan stor kerajaan;
    ii.Mendaftar stok yang diterima berpandukan kepada tatacara pengurusan stor kerajaan;
    iii.Merekod pergerakan keluar masuk stok di stor jabatan berpandukan kepada tatacara pengurusan stor kerajaan;
    iv.Melupuskan stok jabatan berpandukan kepada tatacara pengurusan stor kerajaan mengikut keperluan; dan
    v.Melaksanakan proses verifikasi stor kerajaan.
  3. Menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat Jabatan secara suku tahunan;
    i.Pelaporan JKPAK ke JPKA jabatan dan JKPAK peringkat Kementerian;
    ii.Menyelenggara aset-aset yang memerlukan penyelenggaraan berjadual;
    iii.Melaksanakan perolehan aset jabatan mengikut keperluan; dan
    iv.Melaksanakan perolehan stok jabatan mengikut keperluan.
  4. Mentadbir pengurusan fasiliti;
    i.Menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti) peringkat Jabatan secara suku tahunan;
    ii.Menyelaras kontrak sewaan premis jabatan;
    iii.Memantau penggunaan utiliti di semua premis jabatan;
    iv.Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti secara berkala;
    v.Melaksanakan kerja-kerja pembaikan fasiliti mengikut keperluan;
    vi.Melaksanakan kerja-kerja ubahsuai fasiliti mengikut keperluan;
    vii.Memastikan kebersihan fasiliti jabatan melalui lantikan kontraktor pembersihan;
    viii.Menyelaras urusan pembukaan, penutupan serta pemindahan premis-premis jabatan; dan
    ix.Membantu menyelaras urusan pembayaran sewaan, bil-bil serta lain-lain komitmen bayaran dibawah fasiliti jabatan.
  5. Mentadbir pengurusan kenderaan Agensi;
    i.Merancang, merekod dan memantau pergerakan pemandu dan kenderaan jabatan secara harian;
    ii.Menyelenggara buku log, penggunaan kad bayaran tol tanpa resit (KBTTR) dan kad inden minyak secara bulanan;
    iii.Melaksanakan penyelenggaraan kenderaan jabatan secara berjadual;
    iv.Melaksanakan perolehan pembaikan kenderaan jabatan;
    v.Menyemak serta memantau saman trafik bagi kenderaan jabatan;
    vi.Menyelaras lantikan pemandu eksekutif dan pegawai kenderaan jabatan;
    vii.Memastikan kebersihan kenderaan jabatan dijaga sepanjang masa;
    viii.Melakukan pemeriksaan mengejut terhadap kenderaan jabatan sekurang-kurangnya sekali setahun; dan
    ix.Menguruskan hal ehwal berkaitan kemalangan kenderaan jabatan.
  6. Mentadbir pengurusan keselamatan;
    i.Menyelaras urusan perkhidmatan kawalan keselamatan pejabat;
    ii.Mengawal pergerakan pelawat dan kakitangan ke premis jabatan;
    iii.Menyelaras lantikan Pegawai Keselamatan Jabatan, Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan bagi pematuhan terhadap Arahan Keselamatan CGSO;
    iv.Menyelaras SOP kebakaran dan kecemasan jabatan melalui lantikan Floor Safety Manager (FSM), ujian penggera kebakaran dan fire drill; (ERT)
    v.Melaksanakan perolehan peralatan keselamatan bagi kegunaan jabatan; dan
    vi.Melaporkan kepada pihak PDRM atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan jika terdapat ancaman terhadap keselamatan jabatan.
  7. Mentadbir pengurusan rekod;
    i.Melantik Pegawai Pengelas dan Pendaftar Rahsia Rasmi jabatan;
    ii.Merekod dokumen menggunakan rujukan fail berdasarkan kepada no rujukan Arkib Negara dan CGSO;
    iii.Merekod pergerakan keluar masuk surat-surat rasmi jabatan;
    iv.Menyelaras urusan penghantaran dokumen rasmi jabatan secara serahan tangan dan pos;
    v.Menyimpan dokumen-dokumen jabatan mengikut tatacara pengurusan dokumen kerajaan;
    vi.Melupuskan dokumen-dokumen jabatan mengikut tatacara pelupusan rekod rasmi kerajaan mengikut keperluan; dan
    vii.Melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan berkenaan kehilangan dokumen rasmi kerajaan.
  8. Menguruskan hal ehwal perkhidmatan sokongan kepada Agensi.
    i.Menyelaras serta melaksanakan perolehan perkhidmatan mesin penyalin;
    ii.Menyelaras serta melaksanakan perolehan perkhidmatan QMS;
    iii.Membantu berkaitan urusan pentadbiran bagi majlis-majlis rasmi jabatan;
    iv.Menjadi urusetia bagi pengendalian risiko dan bencana bagi jabatan;
    v.Menyediakan anggaran bajet perbelanjaan mengurus jabatan bagi skop bekalan, perkhidmatan, sewaan, penyelenggaraan dan aset; dan
    vi.Melaksanakan perolehan pakaian seragam jabatan.
  • Dikemaskini pada: 12 Sep 2021
  • Cetak
  • 3172
logo
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366 x 768, pelayar Mozilla Firefox, Chrome

Hari Ini: 547

Semalam 883

Minggu Ini: 3988

Bulan Ini: 13935

Jumlah Pelawat: 359715

  • Kemaskini Terakhir : 10 Januari 2022.

Direktori Pegawai

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklumbalas

Peta
Laman