facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

Ucapan Ketua Pengarah

"Ke arah Transformasi sistem Pengangkutanbersepaduefisienselamat"

Datuk Azlan Shah Al Bakri

Ketua Pengarah
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Image

Selamat datang ke Portal Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).

Portal ini merupakan saluran untuk memperkenalkan APAD ini kepada masyarakat umum. Ianya bertujuan untuk menyebarkan maklumat umum berkaitan agensi, perkhidmatan yang disediakan serta fasiliti dan kemudahan yang disediakan.

APAD adalah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dasar dan  strategi program pelesenan berkaitan pengangkutan awam darat  merangkumi perkhidmatan rel, bas, terminal, teksi dan ehailing serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya.

Ditubuhkan pada 1 Januari 2019 selepas pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 31 Disember 2018.

APAD komited dalam mencapai matlamat Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam menghubungkan komuniti dan meningkatkan sosio ekonomi seiring dengan aspirasi negara bagi mencapai status negara maju dengan sistem pengangkutan awam darat yang berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara, selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2030.

APAD juga sentiasa proaktif dan beriltizam dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional kepada pelanggannya dari pelbagai lapisan masyarakat.

Akhir kata, saya dan seluruh warga APAD amat mengalu-alukan anda untuk memberikan maklumbalas, pandangan serta cadangan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan APAD.

Selamat melayari portal rasmi kami. Semoga  maklumat yang diperolehi dapat membantu semua pihak dalam hal ehwal berkaitan APAD.

Sekian terima kasih

Datuk Azlan Shah Al Bakri
Ketua Pengarah
Agensi Pengangkutan Awam Darat
Kementerian Pengangkutan Malaysia.

  • Dikemaskini pada: 12 Sep 2021
  • Cetak
  • 13399
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari

Hari Ini: 526

Semalam 493

Minggu Ini: 526

Bulan Ini: 18063

Jumlah Pelawat: 831528

  • Kemaskini Terakhir : 12 September 2023.