Perkhidmatan Kereta Api
Terdapat sebelas (11) jenis kereta api iaitu Monorel, MRT, KLIA Aerotrain, KTM Intercity, Electric Train Service, KTM Komuter, Skypark Link, KTM Kargo, Projek MRT Lembah Klang (KVMRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan KLIA Ekspres & Transit.
Berikut adalah perincian kepada industri kereta api:
Monorel
Laluan monorel dibuka pada 31 Ogos 2003, dengan 11 stesen sepanjang 8.6km di dua landasan selari bertingkat. Laluan monorel ini menghubungkan hab pengangkutan KL Sentral di selatan dan Titiwangsa di utara. Laluan ini terdiri daripada satu laluan dwi arah yang menghubungkan kawasan-kawasan di dalam Kuala Lumpur yang sebelumnya tidak dilalui oleh perkhidmatan kereta api yang lain, iaitu Brickfields, Bukit Bintang, dan Chow Kit, dengan stesen LRT, MRT dan KTM Komuter yang terdapat di KL Sentral, Muzium Negara, Hang Tuah, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa.
Bagi maklumat tambahan mengenai Monorel dan perkhidmatannya, sila layari laman sesawang Prasarana Malaysia Berhad di https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-kl/monorail-and-lrts
MRT
MRT Laluan Kajang
MRT Laluan Kajang bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang. Laluan sepanjang 51km ini mempunyai 31 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk MRT Laluan Kajang adalah setiap 5 minit waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak.
Bagi maklumat tambahan mengenai MRT Laluan Kajang dan perkhidmatannya, sila layari laman sesawang Prasarana Malaysia Berhad di https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-kl/mrt
MRT Laluan Putrajaya
MRT Laluan Putrajaya bermula di Kwasa Damansara dan melalui pusat bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Putrajaya. Laluan sepanjang 57.7km ini mempunyai 36 stesen yang merangkumi stesen bertingkat dan bawah tanah. Kekerapan tren untuk MRT Laluan Putrajaya adalah setiap 5 minit waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak.
Bagi maklumat tambahan mengenai MRT Laluan Putrajaya dan perkhidmatannya, sila layari laman sesawang Prasarana Malaysia Berhad di https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/how-to-travel-with-us/rapid-kl/mrt
KLIA Aerotrain
Digantung perkhidmatan.
KTM Intercity
KTM Intercity adalah perkhidmatan kereta api antara bandar yang dikendalikan oleh pengendali kereta api nasional, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Perkhidmatan KTM Intercity meliputi kawasan yang luas di Semenanjung Malaysia dengan perjalanan harian dari Kuala Lumpur.
Perkhidmatan antara bandar menghubungkan Sektor Selatan dan Pantai Timur melalui 3 laluan utama:
- JB Sentral - Tampin
- JB Sentral - Tumpat
- JB Sentral – Woodland Singapore
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTM Intercity, layari https://www.ktmb.com.my/Intercity.html
Electric Train Service
Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) adalah perkhidmatan kereta api antara bandar yang dikendalikan oleh pengendali kereta api nasional, KTMB. ETS merupakan suatu perkhidmatan kereta api antara bandar yang cepat dan mudah untuk penumpang yang ingin melakukan perjalanan ke negeri-negeri di utara dan selatan Malaysia. Pada masa ini, penumpang mempunyai pilihan laluan, iaitu;
Gemas - KL Sentral - Padang Besar (mulai Oktober 2024, perkhidmatan akan bermula dari Segamat);
KL Sentral - Ipoh;
KL Sentral – Butterworth;
KL Sentral – Padang Besar.
KTM Komuter
Diperkenalkan pada tahun 1995, KTM Komuter telah lama menjadi mod pengangkutan utama bagi ramai penduduk Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Perkhidmatan antarabandar KTM Komuter meliputi Lembah Klang dan kawasan luar dengan pelbagai rangkaian yang terdiri daripada 53 stesen dan dihubungkan dengan hab seperti KL Sentral serta Bandar Tasik Selatan.
4 laluan utama untuk kereta api KTMB Komuter:
Batu Caves – Pulau Sebang
Tanjung Malim – Pelabuhan Klang
Ipoh - Butterworth
Butterworth – Padang Besar
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTM Komuter, layari https://www.ktmb.com.my/Komuter.html
Skypark Link
Digantung perkhidmatan.
KTM Kargo
KTM Kargo menyediakan perkhidmatan kargo yang sangat mudah diakses dari pelabuhan laut dan Depoh Kontena Darat (ICD) serta Kawasan bandar dan luar bandar, sebagai salah satu cara yang menjimatkan untuk pemindahan barang.
Laluan peta KTM Kargo:
- Padang Besar - Tanjung Malim
- Port Klang Terminal
- Pelabuhan Utarat
- Pelabuhan Barat
- Pelabuhan Selatan
- Terminal Pasir Gudang
- Pelabuhan Johor
- Pelapuhan Tanjong Pelepas
- Pelabuhan Darat
- Pelabuhan Darat Ipoh
- Pelabuhan Darat Nilai
- Pelabuhan Darat Segamat
KLIA Ekspres & KLIA Transit
KLIA Ekspres adalah rangkaian kereta api lapangan terbang tanpa henti ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA Terminal 1) di Malaysia. Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dari KL Sentral, stesen kereta api utama Kuala Lumpur ke KLIA Terminal 1 serta lapangan terbang dan KLIA Terminal 2. Laluan KLIA Ekspres adalah salah satu daripada dua perkhidmatan bagi Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB), yang berkongsi landasan kereta api yang sama dengan KLIA Transit. Perkhidmatan KLIA Transit berhenti di semua stesen di sepanjang jalan, manakala KLIA Ekspres beroperasi tanpa henti antara KL Sentral dan KLIA T1/KLIA T2. KLIA Ekspres dan KLIA Transit dikendalikan oleh ERLSB.
Kereta api KLIA Transit ERL adalah suatu perkhidmatan yang direka khas untuk pelancong dan kakitangan lapangan terbang untuk melakukan perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur ke KLIA Terminal 1 dan lapangan terbang KLIA Terminal 2. Jumlah masa perjalanan dari KL Sentral ke KLIA Terminal 2 hanya 39 minit. Kereta api KLIA Transit berlepas dengan frekuensi setiap 20 minit pada waktu puncak, dan setiap 30 minit pada waktu luar puncak.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kliaekspres.com/
Transit Aliran Ringan (LRT)
Perkhidmatan kereta api LRT atau Transit Kereta Api Ringan dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, yang merupakan subsidiari kepada Prasarana Malaysia Berhad. Pada masa ini terdapat 2 laluan LRT yang beroperasi iaitu:
Laluan Kelana Jaya, yang beroperasi daripada Gombak sehingga Putra Heights;
Laluan Ampang, yang beroperasi dari Sentul Timur sehingga Ampang dan Putra Height.