Projek MRT Laluan Putrajaya

Laluan MRT Putrajaya adalah merupakan laluan MRT kedua yang dibina di Lembah Klang untuk bertindak sebagai salah satu tunjang kepada sistem pengangkutan awam berasaskan kereta api. Pengoperasian Laluan MRT Putrajaya kelak dijangka akan menjadi pemangkin ke atas peningkatan tahap penggunaan pengangkutan awam kepada 40% di kawasan Lembah Klang serta menjadikan Kuala Lumpur selangkah lebih dekat untuk mencapai klasifikasi sebagai salah satu bandar yang mesra untuk didiami di dunia. Laluan Putrajaya akan menyediakan stesen pertukaran dengan sistem kereta api lain di 11 stesen. Jajaran bagi Laluan Putrajaya meliputi kawasan-kawasan Damansara, Kepong, Sentul, Titiwangsa, Kampung Baru, Sungai Besi, Serdang, Cyberjaya dan Putrajaya.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 07 Oktober 2015
Tarikh Projek Dijangka Siap Januari 2023
Pemilik Projek MRT Corporation Sdn.Bhd
Panjang Laluan 52.2 KM
Bertingkat 38.7 KM
Bawah Tanah 13.5 KM
Jumlah Stesen 33
Tarikh Pembukaan 
  • Julai 2021 - Fasa 1 (Kwasa Damansara ke Kg. Batu)
  • Jan 2023 – Fasa 2 (Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral)
Tempoh Perjalanan 85 min (Kwasa Damansara-Putrajaya)
Image
Image

Projek LRT3 Bandar Utama – Johan Setia

Projek LRT3 Bandar Utama - Johan Setia akan memberi capaian kepada sistem pengangkutan awam bagi 2 juta penduduk di kawasan koridor sebelah Barat Lembah Klang menjelang Februari 2024. Dengan jajaran sepanjang 37 kilometer, terdapat 25 stesen bertingkat termasuk 5 stesen provisional dan 2 stesen bersepadu yang akan dihubungkan dengan jaringan laluan kereta api sedia ada. LRT3 juga akan berfungsi sebagai salah satu tunjang / sistem utama bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang lebuh raya / jalan raya menuju koridor barat Lembah Klang. Laluan ini akan menyediakan akses yang terbaik kepada pengguna untuk ke kawasan pejabat, komersial, kediaman, pusat pendidikan dan rekreasi.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 07 November 2015
Tarikh Projek Dijangka Siap 28 Februari 2024
Pemilik Projek Prasarana
Kontraktor MRCB-GK
Panjang Laluan 37 KM
Bawah Tanah 2 KM
Jumlah Stesen 25 (5 stesen provisional)
Tarikh Pembukaan 28 Februari 2024 (Pembukaan Penuh)
Tempoh Perjalanan <60 min (Bandar Utama - Johan Setia)

Projek Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru

Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru ini dibina untuk melengkapkan jaringan landasan berkembar elektrik sedia ada di Malaysia. Laluan sepanjang 195 kilometer ini akan melengkapkan jaringan landasan berkembar elektrik yang bermula dari Padang Besar, Perlis hingga ke penghujung Selatan Semenanjung Malaysia iaitu Johor Bahru Sentral, Johor. Pembinaan infrastruktur ini akan menjadi pemangkin sektor ekonomi dan sosial di sepanjang laluannya.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 01 December 2016
Tarikh Projek Dijangka Siap (Baru) Jun 2023
Pemilik Projek Kementerian Pengangkutan Malaysia
Kontraktor CRCC CREC CCCC Consortium Sdn Bhd
Panjang Laluan 195 KM
Tempoh Perjalanan 120 Min (Gemas-Johor Bharu)
Image
Image

Projek Pembaikpulihan Landasan Pantai Timur (Gemas-Tumpat)

Secara keseluruhan, kerja-kerja pembaikpulihan ini terbahagi kepada 3 pakej mengikut sektor yang terkesan:

Pakej A (Gemas ke Mentakab) – Penggantian semula komponen-komponen landasan lama kepada baharu, pemuliharaan formasi, pemuliharaan cerun dan tebing serta kerja-kerja lain yang berkaitan sejauh 123km.

Pakej B (Jerantut ke Gua Musang) – Penggantian semula komponen-komponen landasan lama yang bermasalah kepada baharu, penggantian ballast jenis batu kapur kepada granite, pemuliharaan formasi, pemuliharaan cerun dan tebing di kawasan-kawasan tertentu sejauh 150km.

Pakej C (Gua Musang – Tumpat) – Penggantian semula komponen-komponen landasan lama yang bermasalah kepada baharu, pemuliharaan formasi, pemuliharaan cerun dan tebing di kawasan-kawasan tertentu serta kerja-kerja lain yang berkaitan sejauh 50km.

Projek ini dijangka dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik, selamat dan selesa bagi menampung permintaan semasa dan akan datang bagi penumpang dan juga perkhidmatan kargo.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 06 Januari 2016
Pemilik Projek Kementerian Pengangkutan Malaysia
Panjang laluan 323 KM

Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) Fasa 1

Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) Fasa 1 telah bermula pada 2 November 2015 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada November 2021. Kawasan liputan kerja bagi projek ini adalah bermula dari Rawang hingga ke Salak Selatan serta Simpang Batu hingga ke Sentul. Skop kerja adalah meliputi kerja-kerja naik taraf formasi dan struktur landasan bertalian atas, penambahbaikan sistem persemboyanan dan komunikasi, sistem elektrifikasi dan naik taraf kemudahan di 16 stesen bagi sektor Lembah Klang. Kerja-kerja yang dijalankan ini adalah sangat krtitikal dan berupaya memberikan impak positif ke atas perkhidmatan KTMB dan kebolehpercayaan pengguna dengan jaminan perjalanan tren yang lebih efektif, lancar, selamat dan teratur.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 02 November 2015
Tarikh Projek Dijangka Siap  27 November 2021
Pemilik Projek Kementerian Pengangkutan Malaysia
Panjang Laluan  42 KM
Image
Image

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan projek laluan rel yang akan menghubungkan Greater Klang Valley ke Pantai Timur melalui jaringan kereta api yang strategik. Projek ECRL ini dijangka dapat menghubungkan semua pusat utama Wilayah Pantai Timur secara komprehensif dan pada masa yang sama menghubungkan rangkaian ini ke keseluruhan rangkaian kereta api di Semenanjung Malaysia. Dengan adanya Projek ECRL ini, Wilayah Pantai Timur kemudiannya dapat dihubungkan dengan bandar-bandar utama Semenanjung Malaysia dan menjadi sebahagian daripada sistem kereta api nasional yang akan menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat, lebih dipercayai, dan bersepadu untuk pergerakan penumpang dan barangan. Ia juga akan menyediakan mod pengangkutan alternatif bagi pergerakan penumpang dan barangan di antara kedua-dua wilayah timur dan barat.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 23 Jun 2017
Tarikh Projek Dijangka Siap  31 Disember 2026
Pemilik Projek Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL)
Kontraktor CCCC
Panjang Laluan 640 KM
Jumlah Stesen 20 Stesen
Tarikh Pembukaan  31 Disember 2026
Tempoh Perjalanan 4 Jam

Kuala Lumpur Monorail Fleet Expansion Project (KLMFEP) – Completion Agreement

Projek Kuala Lumpur Monorail Fleet Expansion Project (KLMFEP) bagi completion agreement adalah projek perolehan 7 set tren KL Monorail 4-gerabak. Projek ini adalah sambungan projek KLMFEP yang terdahulu bagi menyiapkan baki 7 set tren KL Monorail.

Projek ini juga melibatkan kerja-kerja tambahan tetapi tidak dihadkan kepada Passenger Automatic Gate System (PAGS), menaik taraf fasiliti stesen, penyelenggaraan, wayside dan lain-lain termasuklah sistem integrasi antara tren untuk operasi sistem KL Monorail.

Kontrak ini telah bermula pada 12 Jun 2020 dengan lapan belas (18) bulan tempoh siap yang disasarkan siap pada 11 Disember 2021.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 12 Jun 2020
Tarikh Projek Dijangka Siap  11 Disember 2021
Pemilik Projek Prasarana Malaysia Berhad
Kontraktor Scomi Transit Projects Sdn. Bhd
Tempoh Projek 18 Bulan
Image
Image

Projek Pembelian 27 Stok Kereta Api Baru 4 Gerabak KLAV27 Untuk Laluan Kelana Jaya

Projek Sambungan Laluan Kelana Jaya (Kelana Jaya LEP) yang telah siap sepenuhnya memerlukan stok kereta 4 gerabak tambahan untuk menepati sela masa 180 saat yang ditetapkan bagi Laluan Kelana Jaya serta menampung peningkatan penumpang yang telah diunjurkan.

Selain empat belas (14) set stok kereta KLAV yang telah dibeli pada tahun 2012, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membuat perolehan tambahan 27 set stok kereta 4 gerabak KLAV di bawah kontrak baru untuk memenuhi potensi peningkatan permintaan penumpang. Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) selaku kontraktor yang dilantik mencadangkan model stok kereta yang sama iaitu INNOVIA Metro 300 dengan beberapa penambahbaikan untuk operasi pada Sistem Transit Aliran Ringan Laluan Kelana Jaya.

CH2M Services Sdn Bhd (CH2M) yang kini dikenali sebagai Jacobs Engineering Group Malaysia Sdn Bhd telah dilantik sebagai Jurutera Perunding (CE) untuk menyediakan perkhidmatan perundingan kejuruteraan untuk projek ini.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula 28 Februari 2017
Tarikh Projek Dijangka Siap  2 Februari 2023
Pemilik Projek Prasarana Malaysia Berhad
Perunding Projek Jacobs Engineering Group Malaysia
Kontraktor Bombardier Hartasuma Consortium
Jumlah Set 27 Set Stok Kereta KLAV

Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) Antara Johor Bahru - Singapura

Rapid Transit System Link (RTS Link) Antara Johor Bahru - Singapura adalah perkhidmatan ulang-alik kereta api rentas sempadan antara dua stesen yang terletak di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura. Objektif utama RTS Link adalah untuk menyediakan pengangkutan alternatif masuk dan keluar dari kedua-dua negara serta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan pusat pemeriksaan imigresen kedua-dua negara. Perjalanan perkhidmatan RTS Link akan memakan masa lebih kurang 6 minit dengan jarak perjalanan sepanjang 4.0 km di antara kedua-dua stesen. Kedua-dua stesen akan dilengkapi dengan kemudahan Imigrasi, Kastam, dan Kuarantin (ICQ) bersama yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan ulang-alik yang mudah, selamat, dan berintegrasi dengan perkhidmatan pengangkutan lain.

Ringkasan Projek

Tarikh Projek Bermula Kajian Kejuruteraan bermula pada 12 Mei 2012
Tarikh Projek Dijangka Siap  31 Disember 2026
Panjang Laluan 4 KM
Jumlah Stesen 2 Stesen
Syarikat Infrastruktur (Infracos) MRTS
Syarikat Pengendali Keretapi (OpCo) RTSO Sdn. Bhd
Image
  • Dikemaskini pada: 19 Feb 2021
  • Cetak
  • 1308