facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

PERKHIDMATAN DI REL (KTMB, LRT, MRT, MONOREL & ERL) SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

PERKHIDMATAN DI REL (KTMB, LRT, MRT, MONOREL & ERL) SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

1. Adakah perjalanan merentas negeri/daerah dengan perkhidmatan di rel dibenarkan? Open

Perjalanan merentas negeri/daerah dengan perkhidmatan di rel adalah dibenarkan, namun penumpang dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan: Bagi negeri-negeri di…

Perjalanan merentas negeri/daerah dengan perkhidmatan di rel adalah dibenarkan, namun penumpang dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan:

  1. Bagi negeri-negeri di bawah PKP di mana penumpang perlu membuat perjalanan merentas negeri atau daerah:
    • untuk tujuan bekerja, penumpang perlu mempunyai surat pengesahan daripada majikan dan pas kerja; dan
    • untuk lain-lain tujuan, penumpang perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa terlebih dahulu.
  2. Bagi negeri-negeri di bawah PKPB dan PKPP di mana penumpang perlu membuat perjalanan merentas negeri:
    • untuk tujuan bekerja, penumpang perlu mempunyai surat pengesahan daripada majikan dan pas kerja; dan
    • untuk lain-lain tujuan, penumpang perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa terlebih dahulu.

Semua dokumen di atas perlu disediakan oleh penumpang jika terdapat pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa sepanjang berada di stesen dan juga di dalam tren.

Perjalanan rentas daerah bagi negeri-negeri dibawah PKPB dan PKPP adalah dibenarkan dan tidak memerlukan kebenaran/dokumen seperti di atas.

0 answers523 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

2. Apakah waktu operasi bagi Electric Train Service (ETS), KTM Intercity dan KTM Komuter? Open

Perkhidmatan Komuter sektor Lembah Klang akan beroperasi dari jam 5.00 pagi hingga jam 12.00 malam setiap hari. Manakala, perkhidmatan Komuter…

Perkhidmatan Komuter sektor Lembah Klang akan beroperasi dari jam 5.00 pagi hingga jam 12.00 malam setiap hari. Manakala, perkhidmatan Komuter sektor Utara akan beroperasi dari jam 5.30 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari.

Perkhidmatan ETS pula akan beroperasi dari jam 5.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam setiap hari.

Perkhidmatan KTM Intercity Shuttle Timuran akan beroperasi dari jam 3.00 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari.

0 answers5773 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

3. Adakah penumpang ETS dan KTM Intercity dibenarkan untuk membuat pindaan tarikh perjalanan? Open

Tidak. Namun begitu, penumpang adalah dinasihatkan untuk membatalkan tiket secara atas talian atau di kaunter semasa waktu PKP. Penumpang seterusnya…

Tidak. Namun begitu, penumpang adalah dinasihatkan untuk membatalkan tiket secara atas talian atau di kaunter semasa waktu PKP. Penumpang seterusnya boleh membuat pembelian semula mengikut tarikh yang dikehendaki.

0 answers476 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

4. Adakah penumpang ETS dan KTM Intercity dibenarkan untuk membuat pindaan tarikh perjalanan? Open

Ya. Penumpang dibenarkan membuat pembatalan tiket perjalanan dan pemulangan tambang sebanyak 100% akan diberikan dan akan dimasukkan ke dalam akaun…

Ya. Penumpang dibenarkan membuat pembatalan tiket perjalanan dan pemulangan tambang sebanyak 100% akan diberikan dan akan dimasukkan ke dalam akaun KTM Wallet penumpang.

0 answers593 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

5. Apakah langkah pencegahan yang dilaksanakan di stesen dan tren kendalian KTMB? Open

Antara langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan yang dilaksanakan oleh KTMB adalah seperti berikut: Meningkatkan kekerapan kerja-kerja mencuci dan sanitasi di kawasan…

Antara langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan yang dilaksanakan oleh KTMB adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan kekerapan kerja-kerja mencuci dan sanitasi di kawasan yang berisiko tinggi seperti pemegang tangan escalator, lif, kiosk tiket layan diri serta di kaunter;
  2. Semua tren dibuat kerja-kerja sanitasi setiap hari dan kerjakerja nyahkuman pula dijalankan secara berkala;
  3. Semua stesen, kaunter khidmat pelanggan dan tren dilengkapi dengan hand sanitizer;
  4. Semua penumpang, kakitangan KTMB dan kakitangan kontraktor diwajibkan untuk membuat imbasan kod QR MySejahtera atau merekodkan di dalam buku log yang disediakan di premis KTMB termasuk di stesen;
  5. Semua penumpang, kakitangan KTMB dan kakitangan kontraktor adalah diwajibkan memakai pelitup muka (facemask) sepanjang berada di premis KTMB termasuk di stesen dan di dalam tren; dan
  6. Imbasan suhu badan ke atas penumpang, kakitangan KTMB dan kakitangan kontraktor dibuat sebelum memasuki premis KTMB termasuk stesen.
0 answers465 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

6. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan tren KTMB? Open

Pusat Panggilan KTMB – 03-2267 1200 Laman sesawang KTMB – www.ktmb.com.my Laman Media Sosial rasmi KTMB – Facebook @ktmberhad, Twitter…
  1. Pusat Panggilan KTMB – 03-2267 1200
  2. Laman sesawang KTMB – www.ktmb.com.my
  3. Laman Media Sosial rasmi KTMB – Facebook @ktmberhad, Twitter @ktm_berhad
0 answers482 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

7. Apakah waktu operasi bagi semua perkhidmatan rel kendalian Prasarana? Open

Semua perkhidmatan tren kendalian Prasarana seperti LRT, MRT dan Monorel KL akan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga jam 12.00…

Semua perkhidmatan tren kendalian Prasarana seperti LRT, MRT dan Monorel KL akan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga jam 12.00 malam setiap hari. Jadual terkini frekuensi perkhidmatan boleh dirujuk di laman sesawang www.myrapid.com.my.

0 answers12088 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

8. Apakah langkah pencegahan yang dilaksanakan di stesen dan tren kendalian Prasarana? Open

Pihak Prasarana akan menjalankan imbasan suhu di semua pintu masuk premis dan stesen. Semua penumpang diwajibkan untuk memakai pelitup muka…

Pihak Prasarana akan menjalankan imbasan suhu di semua pintu masuk premis dan stesen. Semua penumpang diwajibkan untuk memakai pelitup muka semasa berada di stesen dan di dalam tren, serta diwajibkan untuk mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuk kawasan berbayar di setiap stesen.

Penggunaan hand sanitizer amat digalakkan dan penumpang boleh mendapatkannya di setiap kaunter khidmat pelanggan, sebelum memasuki kawasan berbayar (concourse) di setiap stesen LRT, MRT dan Monorel. Prasarana juga telah meningkatkan kekerapan mencuci eskalator, pemegang tangan, lif dan mesin pembelian token di semua stesen.

0 answers449 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

9. Berapa kerapkah Prasarana membuat proses sanitasi ke atas tren? Open

Semua set tren bagi semua laluan LRT/MRT dan Monorel akan disanitasi di stesen akhir pada waktu puncak dan selepas waktu…

Semua set tren bagi semua laluan LRT/MRT dan Monorel akan disanitasi di stesen akhir pada waktu puncak dan selepas waktu operasi setiap hari.

0 answers407 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

10. Apakah langkah pencegahan yang dijalankan oleh Prasarana untuk kakitangan barisan hadapan? Open

Semua kakitangan stesen (pegawai khidmat pelanggan, polis bantuan dan kakitangan pembersihan harus memakai pelitup muka dan sarung tangan getah (mengikut…

Semua kakitangan stesen (pegawai khidmat pelanggan, polis bantuan dan kakitangan pembersihan harus memakai pelitup muka dan sarung tangan getah (mengikut keperluan). Setiap kakitangan juga diwajibkan untuk memeriksa suhu badan sebelum memulakan tugas setiap hari.

0 answers588 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

11. Apakah waktu operasi bagi KLIA Ekspres dan KLIA Transit? Open

Semasa tempoh PKP, Perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit digabungkan (combined service) dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam…

Semasa tempoh PKP, Perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit digabungkan (combined service) dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10.00 malam. Jadual terkini perjalanan boleh dirujuk di laman sesawang www.KLIAekspres.com, laman Facebook KLIA Ekspres atau Customer Enquiry di talian 03- 22678000.

0 answers1102 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

12. Bagaimanakah cara untuk pengguna ERL mengemukakan permohonan bayaran balik tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit secara online? Open

Bagi pengguna yang telah membeli tiket KLIA Ekspres/KLIA Transit atau pemegang KLIA Transit TravelCard Bulanan/Mingguan, sila hubungi ERL melalui emel…

Bagi pengguna yang telah membeli tiket KLIA Ekspres/KLIA Transit atau pemegang KLIA Transit TravelCard Bulanan/Mingguan, sila hubungi ERL melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian 03-2267 8000.

0 answers794 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

13. Apakah langkah pencegahan yang dilaksanakan di stesen dan tren kendalian ERL? Open

Meningkatkan kekerapan kerja-kerja mencuci dan sanitasi di kawasan yang berisiko tinggi (high contact areas) seperti butang pintu tren, pemegang tangan…
  1. Meningkatkan kekerapan kerja-kerja mencuci dan sanitasi di kawasan yang berisiko tinggi (high contact areas) seperti butang pintu tren, pemegang tangan eskalator, butang lif, kios tiket layan diri dan permukaan kaunter;
  2. Kerja-kerja nyahkuman dan sanitasi tren dan stesen dilakukan setiap malam termasuk steam cleaning tempat duduk dalam tren;
  3. Semua penumpang dan staf diwajibkan untuk membuat saringan suhu badan dan imbasan kod QR MySejahtera atau mendaftar melalui buku log yang disediakan di pintu masuk stesen;
  4. semua penumpang dan staf diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di stesen ERL dan di dalam tren;
  5. Penyediaan hand sanitiser di semua stesen;
  6. Pengumuman berkala di dalam tren dan di platform; dan
  7. Galakan penggunaan transaksi elektronik untuk pembelian tiket (melalui kiosk layan diri, laman web, aplikasi dan kad tanpa sentuh)
0 answers533 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari

Hari Ini: 186

Semalam 1052

Minggu Ini: 2375

Bulan Ini: 18780

Jumlah Pelawat: 1051996

  • Kemaskini Terakhir : 08 Mei 2024.