facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

MENGENAI PERKHIDMATAN KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ), AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD) DAN LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP) SABAH & SARAWAK SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

MENGENAI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT (BAS, TEKSI & E-HAILING) SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

1. Apakah langkah-langkah keselamatan dan kawalan kesihatan yang akan dikenakan ke atas perkhidmatan bas? Open

Kapasiti penuh adalah 100% berdasarkan tempat duduk kecuali bagi Sabah di mana kapasiti yang dibenarkan ialah 50% (dengan penandaan penjarakan…

Kapasiti penuh adalah 100% berdasarkan tempat duduk kecuali bagi Sabah di mana kapasiti yang dibenarkan ialah 50% (dengan penandaan penjarakan fizikal).

Tiada penandaan penjarakan fizikal, namun penumpang diminta untuk mengurangkan interaksi.

0 answers586 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

2. Apakah syarat-syarat yang akan dikenakan kepada penumpang bas? Open

Semua penumpang adalah diwajibkan menggunakan pelitup muka pada setiap masa menaiki bas. Semua penumpang hendaklah mematuhi semua arahan daripada pemandu…

Semua penumpang adalah diwajibkan menggunakan pelitup muka pada setiap masa menaiki bas. Semua penumpang hendaklah mematuhi semua arahan daripada pemandu bas.

Penumpang yang bergejala adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Penumpang dinasihatkan untuk membuat pembayaran tiket dengan menggunakan pembayaran tanpa tunai seperti menggunakan kad touch n go dan pas bulanan sahaja.

Menjadi tanggungjawab penumpang untuk memastikan kebenaran merentas daerah/negeri telah diperolehi sebelum memulakan perjalanan.

Pemandu juga perlu menjalani saringan gejala dan memeriksa suhu sebelum memulakan dan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa bertugas.

0 answers1377 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1

3. Apakah syarat yang akan dikenakan kepada penumpang teksi dan e-hailing? Open

Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, had maksima penumpang hanyalah dua(2) orang pada satu-satu masa. Penumpang pula wajib duduk di kerusi…

Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, had maksima penumpang hanyalah dua(2) orang pada satu-satu masa. Penumpang pula wajib duduk di kerusi belah belakang.

Semua penumpang adalah diwajibkan menggunakan pelitup muka pada setiap masa menaiki teksi dan e-hailing.

Semua penumpang hendaklah mematuhi semua arahan daripada pemandu teksi dan e-hailing.

Penumpang yang bergejala adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan perkhidmatan teksi dan e-hailing.

Penumpang dinasihatkan untuk membuat pembayaran secara atas talian sahaja.

Pemandu dan penumpang juga adalah digalakkan menggunakan Hand Sanitizer sebelum dan selepas mengambil/menurunkan penumpang atau penumpang menaiki/menurun kenderaan.

0 answers882 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

4. Bagaimanakah pula untuk pemandu teksi dan e-hailing? Open

Syarat kawalan kesihatan yang sama adalah dikenakan kepada pemandu. Pemandu hendaklah memastikan mereka bebas daripada sebarang simptom sebelum boleh bekerja.…

Syarat kawalan kesihatan yang sama adalah dikenakan kepada pemandu. Pemandu hendaklah memastikan mereka bebas daripada sebarang simptom sebelum boleh bekerja. Mereka juga hendaklah memakai pelitup muka pada setiap masa bekerja.

0 answers477 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1

5. Adakah terdapat syarat lain bagi penumpang bas, teksi dan ehailing? Open

Semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut adalah digalakkan memuat turun dan mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera.

Semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut adalah digalakkan memuat turun dan mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera.

0 answers491 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
1
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari

Hari Ini: 725

Semalam 1192

Minggu Ini: 3037

Bulan Ini: 6199

Jumlah Pelawat: 1039415

  • Kemaskini Terakhir : 08 Mei 2024.