5. Sekiranya saya tiada akaun bank, bolehkah saya menerima Bantuan PERMAI 2021 secara tunai di kaunter? Open
Tidak boleh. Semua pembayaran kepada pemandu akan dibuat secara auto-kredit ke dalam akaun bank pemandu. Pemandu perlu membuka akaun di mana-mana bank pilihan pemandu. Pemandu berstatus muflis juga boleh membuka akaun bank dengan mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Insolvensi Malaysia terlebih dahulu. Selepas membuka akaun pemandu hendaklah mendaftar nombor akaun tersebut di dalam laman web http:// permai2021.apad.gov.my bermula 16 Februari 2021.