3. Saya adalah penerima bantuan PRIHATIN RM600 pada tahun 2020, adakah saya masih layak untuk kali ini? Bagaimana saya perlu memohon? Open
Ya, semua Pemandu teksi & kereta sewa yang telah layak dan menerima Bantuan PRIHATIN RM600 pada tahun 2020 adalah layak secara automatic untuk menerima Bantuan PERMAI RM500 pada tahun ini.
Pemandu juga tidak perlu membuat apa-apa permohonan baharu. Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa Bantuan PRIHATIN tahun 2020 tersebut. Pembayaran akan dibuat secara auto-kredit bermula 22 Februari 2021
Namun sekiranya sebelum ini anda menerima Bantuan PRIHATIN 2020 dalam bentuk tunai dari BSN, untuk bayaran Bantuan PERMAI 2021 anda perlu mendaftar maklumat akaun bank anda di dalam laman web http://permai2021.apad.gov.my bermula 16 Februari 2021. Pembayaran akan dibuat secara auto-kredit bermula 15 Mac 2021