facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

Soalan Lazim

MENGENAI PERKHIDMATAN KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ), AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD) DAN LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP) SABAH & SARAWAK SEPANJANG TEMPOH PKP, PKPB DAN PKPP

7. Bagaimanakah mengenai proses Institut Memandu? Open

Pengoperasian Institut Memandu (IM), E-hailing Operator (EHO) dan Pusat Ujian Komputer (E-khidmat) di kawasan yang terlibat dengan PKP adalah tidak…

Pengoperasian Institut Memandu (IM), E-hailing Operator (EHO) dan Pusat Ujian Komputer (E-khidmat) di kawasan yang terlibat dengan PKP adalah tidak dibenarkan beroperasi. Manakala bagi kawasan yang terlibat dengan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan pematuhan SOP yang ketat dan mengambil langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 yang telah digariskan oleh KKM.

0 answers744 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
2

6. Adakah terdapat syarat lain bagi mereka yang akan berurusan di kaunter? Open

Semua pihak yang berhasrat berurusan di kaunter adalah digalakkan memuat turun dan mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera.

Semua pihak yang berhasrat berurusan di kaunter adalah digalakkan memuat turun dan mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera.

0 answers680 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

5. Adakah setiap pelanggan dikenakan syarat untuk melakukan urusniaga di kaunter? Open

Ya, setiap pelanggan adalah diwajibkan memakai facemask dan hand sanitizer bagi memastikan tahap keselamatan adalah sentiasa terkawal semasa berurusan di…

Ya, setiap pelanggan adalah diwajibkan memakai facemask dan hand sanitizer bagi memastikan tahap keselamatan adalah sentiasa terkawal semasa berurusan di kaunter.

Pelanggan yang mempunyai simptom seperti demam, selsema dan batuk akan tidak dibenarkan berurusan di kaunter. Oleh yang demikian, semua pelangggan hendaklah memastikan tiada mempunyai simptom sebelum datang berurusan ke kaunter

0 answers722 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

4. Adakah kapasiti pelanggan dihadkan pada setiap masa? Open

Ya, di semua kaunter yang dibuka, penjarakan fizikal akan dilaksanakan, dan pihak JPJ, APAD dan LPKP akan memastikan kapasiti pelanggan…

Ya, di semua kaunter yang dibuka, penjarakan fizikal akan dilaksanakan, dan pihak JPJ, APAD dan LPKP akan memastikan kapasiti pelanggan adalah dihadkan berdasarkan penjarakan fizikal minimum 1 meter.

0 answers661 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
2

3. Adakah pembukaan kaunter melibatkan semua urusniaga? Open

Perkhidmatan Kaunter JPJ: Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan perdagangan sahaja TERMASUK kenderaan teksi , kereta sewa dan e-hailing; Pembaharuan…

Perkhidmatan Kaunter JPJ:

  1. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan perdagangan sahaja TERMASUK kenderaan teksi , kereta sewa dan e-hailing;
  2. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) bagi pemandu kenderaan perdagangan sahaja TERMASUK teksi dan e-hailing;
  3. Penyelesaian senarai hitam dan pembayaran saman dengan urusan seperti perkara 1 dan 2 dan persendirian bagi kes yg telah disenarai hitam (kes DNAA);
  4. URUSNIAGA jual beli, daftar kenderaan jual-beli, tukar hak milik kenderaan SELAIN DARIPADA KENDERAAN PERDAGANGAN DILAKSANAKAN secara atas talian menerusi sistem e-daftar atau MySIKAP atau platform rakan niaga KECUALI urusan mendapatkan/cetakan VOC dan ID Awam untuk akses kepada sistem MySIKAP. Sekiranya proses urusniaga melibatkan Kenderaan Perdagangan telah boleh dilaksanakan di atas talian, maka ianya juga perlu turut dilaksanakan sepenuhnya di atas talian menggunakan platform berkenaan.
  5. URUSAN persendirian seperti membaharui LKM, CDL, bayaran kompaun, tukar hak milik DILAKSANAKAN secara atas talian;
  6. Urusan PERTUKARAN/conversion lesen memandu negara asing ditangguhkan;
  7. Semua urusan melibatkan individu persendirian dilaksanakan secara atas talian sama ada menggunakan MySIKAP atau platform rakan niaga.

Perkhidmatan APAD:

  1. Permohonan membaharui
  2. Permohonan semula
  3. Permohonan melesenkan kenderaan mengikut surat tawaran kelulusan
  4. Serahan dokumen kelulusan
  5. Permohonan kad pemandu
  6. Permohonan Baharu
  7. Permohonan UbahSyarat

Perkhidmatan LPKP Sabah & Sarawak:

  1. Memperbaharui lesen
  2. Permohonan semula (untuk lesen yang tamat kurang dari 24 bulan sahaja)
  3. Cetak lesen
  4. Ubahsyarat lesen
  5. Permohonan kad pemandu
0 answers877 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
0

2. Adakah operasi kaunter terlibat setiap hari pada waktu pejabat? Open

Waktu operasi kaunter bagi Negeri Negeri di bawah PKPP dan PKPB adalah menggunakan arahan sedia ada. (i) Tempoh Operasi –…

Waktu operasi kaunter bagi Negeri Negeri di bawah PKPP dan PKPB adalah menggunakan arahan sedia ada.

(i) Tempoh Operasi – 8 pagi – 4/5 petang
(ii) Jenis perkhidmatan – semua. Waktu Operasi bagi negeri PKP: 9 pagi – 4 petang

0 answers1257 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-2

1. Bilakah kaunter perkhidmatan terlibat akan dibuka semula? Open

Waktu operasi dan jenis perkhidmatan adalah berbeza mengikut negeri di bawah arahan / tempoh PKP, PKPB dan PKPP. Semua operasi…

Waktu operasi dan jenis perkhidmatan adalah berbeza mengikut negeri di bawah arahan / tempoh PKP, PKPB dan PKPP.

Semua operasi kaunter agensi terlibat pada masa ini akan terus beroperasi, tetapi mengikut tempoh masa dan jenis perkhidmatan yang akan dinyatakan di bawah, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

0 answers760 viewsPosted 1 year agoby altfatech
Was this helpful?
Loading...
-1
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari

Hari Ini: 36

Semalam 908

Minggu Ini: 5231

Bulan Ini: 13909

Jumlah Pelawat: 1002649

  • Kemaskini Terakhir : 08 April 2024.