6. Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat penyedia logistik untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini? Open
Sebelum melaksanakan penghantaran, pihak syarikat perlu memastikan gudang/kilang/syarikat pemilik kargo dibenarkan beroperasi untuk menerima kargo yang akan dihantar. Pihak syarikat juga perlu mematuhi tatacara bekerja di pejabat dan lapangan sebagaimana SOP yang dikeluarkan oleh MKN.
Penjarakan fizikal perlu dijadikan sebagai norma dalam urusan seharian termasuk dalam urusan penghantaran barangan. Urusan pemunggahan yang kini turut dibantu oleh pekerja pengangkutan (pemandu & kelindan), terutama di kedai-kedai runcit, pusat membeli-belah dan kedai serbaneka, perlu dijalankan sepenuhnya oleh pemilik kargo dengan tenaga kerja minimum.