11. Bolehkah saya menggunakan kenderaan persendirian untuk membuat penghantaran barangan sepanjang tempoh PKP ini? Open
Sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta LPKP 1987(Akta 334), semua perkhidmatan kenderaan barangan perlu mempunyai lesen pengendali dan kenderaan yang digunakan didaftarkan sebagai kenderaan barangan sebelum dibenarkan beroperasi. Oleh yang demikian, kenderaan persendirian tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kenderaan barangan sama ada bagi perniagaan sendiri atau untuk pihak ketiga (bagi mendapatkan sewa/upah) sekiranya tidak dilesenkan atau didaftarkan terlebih dahulu.