facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

Bahagian Aplikasi Teknologi

Pengenalan

Bahagian Aplikasi Teknologi berperanan dalam menyelaras, mengurus, mengkaji, melaksanakan dan memantau Tadbir Urus ICT APAD selaras dengan visi dan misi APAD serta akta/pekeliling semasa agar  operasi APAD dapat dilaksanakan dengan lancar, cekap dan selamat.

Menjalankan penyelidikan dan analisa, menyusun strategi dan mengumpul data/maklumat bagi tujuan pembangunan aplikasi yang besesuaian dengan keperluan dan operasi pengangkutan awam darat. Mengurus Tadbir Urus ICT APAD dalam memastikan pelaksanaan projek ICT mengikut dasar, pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Pengurusan dan Pemantapan Aplikasi dan Infrastruktur ICT Agensi.

Membantu Agensi dalam melaksanakan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik.

Menyelaras permohonan dan pemantauan pelaksanaan projek/program di bawah peruntukan ICT APAD samada peruntukan Mengurus atau pembangunan.

Mengautomasikan proses kerja yang bersesuaian mengikut keperluan dan peruntukan bagi meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian kerajaan.

Pengurusan Insiden dan Keselamatan ICT selaras dengan Dasar Keselamatan ICT APAD selaras dengan garis panduan keselamatan ICT Sektor Awam.

Menguruskan emel agensi menggunakan perhidmatan MyGovUC pada tahap yang optimum.

Menyelaras dan memantau aset-aset ICT samada berkaitan pembelian, pembaikan atau sewaan aset, keperluan toner dan aksesori ICT serta pengagihan mengikut keperluan di semua Cawangan dan Ibu Pejabat.

Memberi khidmat nasihat teknikal yang berkaitan dengan ICT.

Bertindak sebagai urusetia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT APAD.

Mengurus pembekalan aset ICT kepada warga APAD.

  • Dikemaskini pada: 23 Jun 2023
  • Cetak
  • 7600
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari

Hari Ini: 593

Semalam 679

Minggu Ini: 4168

Bulan Ini: 23893

Jumlah Pelawat: 987544

  • Kemaskini Terakhir : 29 Mac 2024.