IKLAN TAWARAN BAGI CADANGAN SISTEM AUTONOMOUS RAPID TRANSIT BERTINGKAT (ELEVATED AUTONOMOUS RAPID TRANSIT (E-ART).
Syarikat yang berdaftar di Malaysia, termasuk usaha sama dan konsortium yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan adalah dijemput untuk menyertai Request for Proposal (“RFP”) seperti yang berikut : (Muat-turun dokumen untuk maklumat lanjut).
1. RFS BAGI CADANGAN SISTEM AUTONOMOUS RAPID TRANSIT BERTINGKAT (ELEVATED AUTONOMOUS RAPID TRANSIT (E-ART) - [ BAHASA MELAYU | ENGLISH ]
Bayaran dokumen RFP hendaklah dibuat dalam bentuk bank draf atas nama “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-JPM-T”.
Maklumat berhubung dengan syarat-syarat RFP ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam dokumen RFP. Semua cadangan hendaklah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan dihantar ke Bilik Tender, Aras 4, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya menurut tarikh dan masa seperti yang berikut SAHAJA:
30 JUN 2025 (ISNIN)
9.00 a.m. hingga 12.00 tengahari
2.45 p.m. hingga 4.00 p.m.
Apa-apa cadangan yang diterima selepas dari tarikh dan masa yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Kerajaan tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kos dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat dalam menyertai RFP ini.