facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

tiktok

telegram

Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST)

Pengenalan Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST))

  • Merupakan inisiatif bagi menambah baik perkhidmatan bas dari aspek kemampanan, keboleharapan (reliability) & meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

  • Program SBST yang dibiayai oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dikawalselia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dilaksana di ibu-ibu negeri di Semenanjung Malaysia seperti Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Melaka.

  • Dikenali dengan jenama perkhidmatan myBAS sebelum ini, perkhidmatan bas di bawah program SBST dijenamakan semula sebagai BAS.MY sempena pengenalan reka corak bas berwarna merah jambu yang ceria dan menarik.

Image
Image

Latar Belakang SBST

Satu inisiatif demi mebudayakan pengangkutan awam di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Jenama Perkhidmatan

Dikenali dengan jenama perkhidmatan myBAS sebelum ini, perkhidmatan bas di bawah program SBST dijenamakan semula mulai tahun 2024 sebagai BAS.MY sempena pengenalan reka corak bas berwarna merah jambu yang ceria dan menarik.

Image
Image

KPI Perkhidmatan

  1. Ketepatan masa merujuk peada keupayaan perkhidmatan untuk berlepas mengikut jadual yang ditetapkan. BAS.MY komited untuk menepati masa menunggu yang minima bagi penumpang dengan pengurusan masa yang cekap (real time tracking). Matlamat ini adalah untuk memastikan perjalanan penumpang tidak terganggu dan tiba di destinasi pada masa yang diharapkan.

  2. Kepatuhan laluan melibatkan pematuhan perkhidmatan kepada laluan yang telah ditetapkan. Ini penting untuk memastikan penumpang tiba di destinasi yang dirancang tanpa gangguan. BAS.MY mengekalkan laluan yang efisien dengan pemantauan laluan berterusan.

Produk Pas Perjalanan

  1. Kad 30 Hari

    Pas Perjalanan Tanpa Had bernilai RM50 untuk tempoh 30 hari. Pendaftaran & langganan dengan menggunakan MYKAD/MYTENTERA. Pas Perjalanan Tanpa Had membantu menjimatkan kos perjalanan penumpang BAS.MY

  2. Kad Konsesi

    Kad Konsesi adalah kad khusus untuk kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Warga emas berumur 60 tahun keatas dan pelajar sekolah berumur 7 hingga 17 tahun. Golongan ini akan menikmati manfaat tambang percuma perkhidmatan BAS.MY. Menerusi Belanjawan 2025, manfaat ini akan diperluas kepada golongan mahasiswa*

*Nota: Pelajar IPTA, Kolej Matrikulasi KPM, Politeknik & Kolej Komuniti dalam tempoh pengajian sahaja.

Image
  • Modified on: 06 Feb 2025
  • Print
  • 10759
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : Klik Sini

Best viewed using 1980 x 1080 resolution, Mozilla Firefox browser, Chrome & Safari

Today 174

Yesterday 1191

Week 6465

Month 26877

Number of Visitors: 1359420

  • Last Updated :20 March 2025.