Merupakan inisiatif bagi menambah baik perkhidmatan bas dari aspek kemampanan, keboleharapan (reliability) & meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
Program SBST yang dibiayai oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dikawalselia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dilaksana di ibu-ibu negeri di Semenanjung Malaysia seperti Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Melaka.
Dikenali dengan jenama perkhidmatan myBAS sebelum ini, perkhidmatan bas di bawah program SBST dijenamakan semula sebagai BAS.MY sempena pengenalan reka corak bas berwarna merah jambu yang ceria dan menarik.
Satu inisiatif demi mebudayakan pengangkutan awam di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Dikenali dengan jenama perkhidmatan myBAS sebelum ini, perkhidmatan bas di bawah program SBST dijenamakan semula mulai tahun 2024 sebagai BAS.MY sempena pengenalan reka corak bas berwarna merah jambu yang ceria dan menarik.
Ketepatan masa merujuk peada keupayaan perkhidmatan untuk berlepas mengikut jadual yang ditetapkan. BAS.MY komited untuk menepati masa menunggu yang minima bagi penumpang dengan pengurusan masa yang cekap (real time tracking). Matlamat ini adalah untuk memastikan perjalanan penumpang tidak terganggu dan tiba di destinasi pada masa yang diharapkan.
Kepatuhan laluan melibatkan pematuhan perkhidmatan kepada laluan yang telah ditetapkan. Ini penting untuk memastikan penumpang tiba di destinasi yang dirancang tanpa gangguan. BAS.MY mengekalkan laluan yang efisien dengan pemantauan laluan berterusan.
Kad 30 Hari
Pas Perjalanan Tanpa Had bernilai RM50 untuk tempoh 30 hari. Pendaftaran & langganan dengan menggunakan MYKAD/MYTENTERA. Pas Perjalanan Tanpa Had membantu menjimatkan kos perjalanan penumpang BAS.MY
Kad Konsesi
Kad Konsesi adalah kad khusus untuk kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Warga emas berumur 60 tahun keatas dan pelajar sekolah berumur 7 hingga 17 tahun. Golongan ini akan menikmati manfaat tambang percuma perkhidmatan BAS.MY. Menerusi Belanjawan 2025, manfaat ini akan diperluas kepada golongan mahasiswa*
*Nota: Pelajar IPTA, Kolej Matrikulasi KPM, Politeknik & Kolej Komuniti dalam tempoh pengajian sahaja.
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari
Hari Ini: 1041
Semalam 2625
Minggu Ini: 5604
Bulan Ini: 5604
Jumlah Pelawat: 1595430