facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

tiktok

telegram

Perkhidmatan Bas

Industri Bas adalah terbahagi kepada enam (6) kelas lesen utama iaitu Bas Berhenti-henti, Bas Ekspres, Bas Pengantara, Bas Sekolah, Bas Pekerja dan Bas Carter.

Kelas kenderaan pelancongan di bawah kategori bas ialah bas persiaran.

Berikut adalah perincian kepada industri bas:

Bas Berhenti-Henti

Tafsiran
Tafsiran

Bas yang berulang alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh APAD untuk membawa penumpang pada suatu perkhidmatan yang mengandungi peringkat tambang, dengan tambang, jadual waktu dan jadual tambang yang berasingan bagi setiap peringkat tambang.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan operasi yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Model operasi
  • Mengambil dan menurunkan penumpang di hentian bas sepanjang laluan
Image
Image

Bas Ekspres

Tafsiran
Tafsiran

Bas yang berulang-alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh APAD dengan jadual waktu dan tambang, untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan pada suatu perkhidmatan yang tidak mengandungi peringkat tambang dan jaraknya kurang daripada tiga puluh dua kilometer.

Jenis Perkhidmatan
Jenis Perkhidmatan

  • Ekonomi
  • Eksekutif

Model operasi
Model operasi
  • Tempahan (pembelian tiket)
Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan operasi yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan

Bas Pengantara

Tafsiran
Tafsiran

Bas yang tidak mengandungi peringkat tambang yang digunakan untuk membawa penumpang pada suatu perjalanan pusingan mengikut tambang berasingan dari suatu pengkalan tetap dalam jarak yang linkungannya tidak melebihi tujuh kilometer.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Model operasi
  • Berpangkalan di Kawasan yang ditetapkan oleh APAD
Image
Image

Bas Sekolah

Tafsiran
Tafsiran

Bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain sebagai balasan bagi suatu bayaran yang tiada peringkat tambang

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Model operasi
  • Berdasarkan sewaan khas atau kontrak lantikan

Bas Pekerja

Tafsiran
Tafsiran

Bas yang digunakan untuk membawa pekerja-pekerja dalam mana-mana industri ke dan dari tempat kerja mereka dan sebaliknya.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Model operasi
  • Berdasarkan sewaan khas atau kontrak lantikan
Image
Image

Bas Carter

Tafsiran
Tafsiran

Bas yang disewa seluruhnya bagi satu perjalanan yang baginya pembayaran dibuat kepada pemunya oleh orang yang menyewa bas

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Model operasi
  • Berdasarkan kontrak perkhidmatan yang dipersetujui dengan pihak yang memberi kontrak
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : Klik Sini

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari

Hari Ini: 722

Semalam 1509

Minggu Ini: 7388

Bulan Ini: 12164

Jumlah Pelawat: 1415569

  • Kemaskini Terakhir : 21 April 2025.