Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN SISTEM iSPKP
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa sistem iSPKP akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara bermula pada jam 8.30 sehingga jam 11.00 malam ini, 16 November 2026 (Isnin) bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal. Sehubungan itu, semua pengguna diminta untuk menyimpan dan menyelesaikan urusan kerja masing-masing sebelum waktu tersebut bagi mengelakkan sebarang kehilangan data atau gangguan kepada urusan yang sedang dilaksanakan.
3. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kerjasama serta perhatian pihak tuan/puan. Sebarang pemakluman lanjut berkaitan status sistem akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
AGENSI PENGANGKUTAN AWA DARAT