Adalah dimaklumkan Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) iaitu sistem pelesenan dalam talian yang merangkumi permohonan baharu, membaharui, ubahsyarat, membatal serta mencetak permit sudah mula beroperasi.

Sistem iSPKP ini juga bakal digunakan sepenuhnya oleh APAD bermula 24 November 2023 bagi menggantikan sistem manual yang lama. Sehubungan itu, APAD ingin memaklumkan kepada semua pemain industri dan pelanggan kami, tiada lagi urusan secara manual di kaunter selepas 23 November 2023.

Semua pemain industri dan pelanggan diminta untuk membuat pendaftaran secara dalam talian terlebih dahulu untuk membolehkan semua urusan seperti di atas dapat diakses dengan mudah. Pendigitalan perkhidmatan ini dilihat dapat mempercepatkan urusan serta mengurangkan keperluan rakyat untuk berurusan ke kaunter. Semua permohonan pelesenan akan menggunakan Sistem iSPKP secara dalam talian sepenuhnya. Permohonan ini boleh dicapai melalui pautan https://iportal.ispkp.gov.my/

APAD melalui program kesedaran Sistem iSPKP sejak tiga bulan yang lalu telah banyak melaksanakan program turun padang untuk mendekati golongan sasar serta pemain industri bagi memastikan golongan ini mendapat pendedahan sewajarnya berkaitan Sistem iSPKP. Pengujian pilot Sistem iSPKP juga telah dilaksanakan sejak Julai 2023. Sehubungan itu APAD berharap semua pemain industri dan pelanggan kami bersama-sama APAD dalam menjayakan “SISTEM iSPKP : APAD KE ARAH PENDIGITALAN SISTEM PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN”

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui panggilan telefon Pejabat Wilayah APAD di Semenanjung Malaysia :
+ 03–2603 6700 (IP),
+ 04-3325 210 (U),
+ 09-6241 111 (T),
+ 07-2188 488 (S).

Manual penguna dan FAQ juga telah disertakan dalam pautan https://iportal.ispkp.gov.my/