Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ingin memaklumkan bahawa dokumen Soalan Lazim (Frequently Asked Questions - FAQ) bagi Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional kini boleh dicapai di Portal Rasmi APAD. Penyediaan FAQ ini bertujuan untuk memberi panduan serta penjelasan terperinci kepada para pengusaha dan pemandu teksi berkenaan syarat kelayakan, tatacara permohonan, serta pelbagai insentif yang disediakan di bawah program ini. Sehubungan dengan itu, pihak yang berkepentingan dijemput untuk merujuk dan memuat turun dokumen tersebut melalui maklumat di bawah :