Lesen Perubahan Sementara (LPS) Waktu puncak dibuka seperti berikut :

Screenshot 2025 12 17 141111

Syarat-syarat kelayakan

Pemohon yang ingin memohon LPS bagi musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2026 perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Terhad kepada pengendali Bas Catar, Bas Sekolah, Bas Pekerja, dan pemegang lesen kenderaan pelancongan (Bas Persiaran).
  2. Perlu mengemukakan surat perlantikan rasmi daripada pengendali Bas Ekspres yang dipohon, lengkap dengan maklumat laluan dan kepala surat rasmi.
  3. Setiap kenderaan hanya dibenarkan memohon maksimum tiga (3) laluan.
  4. Laluan yang dipohon mestilah selaras dengan surat perlantikan rasmi dan permit perkhidmatan Bas Ekspres.
  5. Kenderaan wajib dilengkapi sistem GPS yang aktif (Sila sertakan pautan laman web, nama pengguna dan kata laluan yang tepat dan betul)
  6. Bagi kenderaan berusia tidak melebihi 10 tahun, perlu disertakan salinan laporan pemeriksaan VRI yang sah dari PUSPAKOM.
  7. Bagi kenderaan melebihi 10 tahun, perlu disertakan laporan khas VRI 9009 dari PUSPAKOM.
  8. Kenderaan berusia lebih 15 tahun tidak layak untuk memohon.
  9. Spesifikasi kenderaan mestilah mematuhi dasar perubahan kelas lesen yang dipohon.

Permohonan LPS boleh dilakukan di Portal iSPKP https://iportal.ispkp.gov.my