Pemandu e-hailing baharu (kenderaan e-hailing dan teksi) perlu mendapatkan lesen vokasional baharu dengan melepasi proses saringan yang ditetapkan oleh APAD dan JPJ serta menjalani dan lulus modul latihan baharu selama 6 jam. Pengumuman rasmi bagi pelaksanaan modul ini akan dilakukan sebelum tempoh satu (1) tahun berakhir.
Modul latihan ini boleh dilaksanakan oleh mana-mana syarikat Perniagaan Pengantaraan, Institut Memandu, syarikat teksi atau syarikat penyedia latihan yang ditauliahkan oleh APAD dengan fi tidak melebihi RM200 bagi setiap pemandu.
Buat masa ini, pihak APAD dan JPJ belum melantik mana-mana secara rasmi untuk menawarkan program latihan ini.