Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Soalan Lazim Bantuan Prihatin bagi Tahun 2020

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

FAQ BANTUAN PRIHATIN - AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT

BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU BAS SEKOLAH

 

Soalan

Jawapan

1.

Siapakah yang layak menerima insentif ini?

Pemandu bas sekolah yang memenuhi lima kriteria di bawah adalah layak:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemandu memiliki lesen vokasional (PSV) dan lesen D yang masih dalam tempoh sah laku pada 31 Disember 2019;
  • Bekerja dengan pengendali bas sekolah yang berdaftar dengan APAD dan Lesen Pengendalinya masih sah laku pada 31 Disember 2019;
  • Pemandu bas sekolah di bawah Badan berkanun Persekutuan dan Negeri serta GLC, adalah tidak layak; dan
  • Maksima 2 pemandu untuk setiap bas.

2.

Bagaimanakah cara memohon insentif ini?

Pemandu bas tidak perlu memohon secara individu kerana wakil syarikat bas sekolah yang layak akan mendaftar di portal web yang disediakan untuk mengisi butiran pemandu bas masing-masing.

3.

Bagaimanakah cara syarikat mengisi maklumat yang diperlukan?

Wakil syarikat bas sekolah perlu melayar portal web http://prihatin.apad.gov.my untuk mengisi butiran berikut:

  • Nama Syarikat;
  • Nombor Lesen Pengendali;
  • Nama Wakil Syarikat (wakil yang diberi kuasa untuk mengisi maklumat pemandu);
  • Nombor MyKad Wakil Syarikat;
  • Nama Penuh Pemandu;
  • Nombor MyKad Pemandu;
  • Nama Bank yang aktif dan dibuka atas nama pemandu; dan
  • Nombor akaun bank yang aktif dan dibuka atas nama pemandu.

4.

Bilakah tarikh permohonan ini dibuka dan ditutup?

Tempoh permohonon bermula 5 Ogos 2020 sehingga 19 September 2020.

5.

Adakah kerajaan akan membuka semula permohonan selepas tempoh permohonan ini ditutup?

Untuk makluman, pada masa ini, tempoh permohonan telah ditutup dan belum ada apa-apa arahan untuk membuka permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Sekolah.

6.

Adakah semua pemandu yang diisi oleh syarikat di dalam portal akan dapat bantuan secara automatik?

Tidak. Senarai pemandu akan disaring untuk memastikan kesemua kriteria yang ditetapkan dipatuhi.

7.

Bilakah pemandu bas sekolah akan menerima insentif ini?

Bantuan Insentif akan disalurkan bermula 11 September sehingga 20 November 2020. Bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pemandu.

Setakat 21 Oktober 2020 pembayaran telah dibuat kepada seramai 8,885 pemandu bas sekolah.

8.

Adakah pemandu bas sekolah akan menerima insentif ini setiap bulan?

Tidak. Insentif ini diberikan sekali sahaja secara one-off.

9.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, siapakah patut dihubungi?

Bagi para pemandu/pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut, mereka boleh menghantar pertanyaan mereka ke emel: prihatin.bassekolah@apad.gov.my

10.

Bagaimana saya hendak semak sama ada saya di antara 8,885 pemandu yang telah menerima pembayaran setakat 21 Oktober 2020?

Untuk makluman, senarai penerima bayaran bantuan setakat 21 Oktober 2020 akan dipaparkan di laman web rasmi APAD.

Sila layari laman web APAD iaitu www.apad.gov.my atau portal web : http://prihatin.apad.gov.my

11.

Saya telah menyemak senarai penerima pembayaran sehingga 21 Oktober 2020. Namun, nama saya tidak disenaraikan. Apa yang perlu saya lakukan?

Untuk makluman, pemandu bas sekolah yang memenuhi lima kriteria di bawah adalah layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemandu memiliki lesen vokasional (PSV) dan lesen D yang masih dalam tempoh sah laku pada 31 Disember 2019;
  • Bekerja dengan pengendali bas sekolah yang berdaftar dengan APAD dan Lesen Pengendalinya masih sah laku pada 31 Disember 2019;
  • Pemandu bas sekolah di bawah Badan berkanun Persekutuan dan Negeri serta GLC, adalah tidak layak; dan
  • Maksima 2 pemandu untuk setiap bas.

Pemandu yang layak boleh menyemak juga di portal web http://prihatin.apad.gov.my 

12.

Saya telah menyemak dan mendapati butiran akaun bank yang dimasukkan adalah tidak tepat. Bagaimana saya hendak mengemaskini butiran bank yang sebenar?

Berdasarkan semakan APAD, terdapat juga kes-kes pembayaran tidak dapat dibuat kepada pemandu yang layak kerana butiran akaun bank yang didaftarkan tidak tepat. Bagi kes-kes begini, anda perlu menyemak dan mengemaskini butiran akaun bank yang sebenar di portal web http://prihatin.apad.gov.my sehingga 8 November 2020.

13.

Saya telah membuat semakkan di web portal dan mendapati “Perhatian! Nombor MyKad pemandu adalah tidak wujud.” Apa yang perlu saya lakukan?

Bagi kes-kes sebegini, terdapat kemungkinan maklumat yang didaftarkan oleh wakil syarikat di dalam tempoh permohonan (5 Ogos 2020 sehingga 19 September 2020) adalah tidak tepat. Oleh itu, anda perlu mohon syarikat untuk membuat semakan dengan APAD melalui saluran emel di prihatin.bassekolah@apad.gov.my/ . Maklumat yang diperlukan untuk semakan adalah seperti berikut:

  1. Nama Syarikat
  2. Nombor Lesen Pengendali
  3. Nama Penuh Pemandu
  4. No MyKad pemandu
  5. Nama Bank yang aktif dan dibuka atas nama pemandu
  6. Nombor akaun bank yang aktif dan dibuka atas nama pemandu

Sila pastikan semua maklumat di atas adalah tepat dan benar.

14.

Saya ada pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini. Kepada siapa untuk saya ajukan secara terus?

Sila maju pertanyaan kepada prihatin.bassekolah@apad.gov.my/ .

15.

Saya pemandu bas tetapi tidak berdaftar dengan APAD. Adakah saya masih boleh memohon selepas saya mendaftar?

Pemandu bas yang bekerja dengan pengendali bas sekolah yang berdaftar dengan APAD sahaja boleh memohon.

BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU BAS PERSIARAN

 

Soalan

Jawapan

1.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan pemandu bas persiaran akan dibuat?

Pembayaran mula dibuat 21 Julai 2020 dan akan berakhir pada 20 November 2020.

2.

Bilakah bayaran untuk pemandu bas persiaran akan di masukkan ke akaun pemandu? Nama saya tersenarai untuk menerima bantuan, tetapi sampai sekarang masih belum terima, manakala pemandu lain telahpun menerima bantuan tersebut.

Berdasarkan semakan APAD, terdapat juga kes-kes pembayaran tidak dapat dibuat kepada pemandu yang layak kerana butiran akaun bank yang didaftarkan tidak tepat. Bagi kes-kes sebegini, anda perlu menyemak dan mengemaskini butiran akaun bank yang sebenar di portal web http://prihatin.apad.gov.my sehingga 8 November 2020.

3.

Bagaimana saya mahu mengesahkan samada proses pembayaran telah pun di lakukan ke akaun bank saya?

Senarai penerima bayaran bantuan setakat 21 Oktober 2020 akan dipaparkan di laman web rasmi APAD.

4.

Saya telah mengemaskini nombor akaun bank namun masih belum terima pembayaran.

Berdasarkan semakan APAD, terdapat juga kes-kes pembayaran tidak dapat dibuat kepada pemandu yang layak kerana butiran akaun bank yang didaftarkan tidak tepat. Bagi kes-kes sebegini, anda perlu menyemak dan mengemaskini butiran akaun bank yang sebenar di portal web http://prihatin.apad.gov.my sehingga 8 November 2020. Pastikan akaun bank yang dikemaskini adalah akaun bank yang tepat, benar dan aktif seperti yang didaftarkan atas nama pemandu.

BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU TEKSI

 

Soalan

Jawapan

1

Saya seorang pemandu teksi yang belum menerima bantuan ini, Adakah saya masih layak membuat permohonan BPN Teksi Fasa 2? Semakan no.kad pengenalan menunjukkan tiada rekod.

Secara amnya, semua pemandu teksi yang mempunyai kad pemandu yang aktif layak memohon bantuan ini.

Pembayaran Fasa 1 telah dibuat dan bagi pemandu yang tercicir, pemandu boleh hadir ke pejabat Cawangan APAD yang terdekat untuk membuat semakan.

Pemandu juga boleh  emelkan butiran beserta lampiran kad pemandu aktif ke alamat emel taxi@apad.gov.my untuk semakan lanjut.

Maklumat yang diperlukan adalah nama, no. kad pengenalan dan bukti kad pemandu masih aktif.

2

Adakah bantuan Prihatin Teksi Fasa 2 sudah diagihkan kerana saya masih belum terima bantuan saya.

Bantuan prihatin teksi fasa 2 telahpun diagihkan dan agihan pembayaran sedang berlaku. Pemandu dinasihatkan agar sentiasa   membuat semakan pada laman sesawang http://prihatin.apad.gov.my/.

Jika tiada rekod mohon emelkan butiran maklumat nama penuh, no.kad pengenalan beserta lampiran kad pemandu aktif ke alamat emel taxi@apad.gov.my untuk semakan lanjut.

3

Saya pemandu kedua yang telah kemaskini maklumat pada 17 September 2020 dan masih belum dan masih belum menerima bantuan ini. Apakah tindakan yang perlu saya buat?

Rujuk jawapan bagi soalan 2.

pihak tuan/puan telah membuat semakan pada laman sesawang yang disediakan iaitu http://prihatin.apad.gov.my/.

Mohon emelkan butiran diri ke taxi@apad.gov.my untuk semakan lanjut.

4

Ayah saya layak sebagai penerima bantuan Teksi Fasa 2 dan telah mengisi borang di portal.

Namun, borang tersebut tidak boleh cetak kerana tiada mesin pencetak. Adakah perlu ayah saya ke kaunter APAD dan isi semula borang tersebut?

Borang yang terdapat pada laman sesawang juga perlu dicetak bagi mendapatkan tandatangan penerima bantuan untuk mengesahkan butiran maklumat akaun yang akan dikemukakan kepada APAD bagi tujuan pembayaran dibuat.

Jika terdapat kekangan untuk hadir ke cawangan APAD berdekatan pihak tuan/puan boleh memajukan borang dan dokumen yang lengkap kepada alamat emel  taxi@apad.gov.my.

5

Terdapat pemandu di Sabah dan Sarawak masih tidak terima bantuan. Adakah mereka perlu mengisi borang talian di portal?

Bagi pemandu di Sabah dan Sarawak perlu merujuk kepada pihak LPKP untuk tindakan lanjut.

6

Emel telah dihantar tetapi tiada maklum balas sehingga kini. Mohon APAD kongsikan senarai emel untuk memudahkan pemandu teksi membuat pertanyaan lanjut.

Terdapat tiga (3) emel di bawah seliaan Unit Teksi dan E-hailing bagi memudahkan semakan atau pertanyaan. Emel tersebut adalah:

1.    taxi@apad.gov.my
2.    pre2020teksi@apad.gov.my
3.    pre2020ehailing@apad.gov.my

Bagi mereka yang mempunyai masalah berkaitan emel yang telah dihantar, Mohon berikan butiran emel yang tidak diterima maklumbalas untuk semakan lanjut. Maklumat yang diperlukan adalah:

  • Alamat emel yang dihantar:
  • Perkara
  • Tarikh emel dihantar:

 

7.

Jika seseorang pemandu telah tiada (meninggal), adakah waris layak menerima bantuan bagi pihak si mati. Semakan mendapati layak.

Tidak.

Data yang disaring bagi melayakkan pemandu menerima bantuan adalah merujuk kepada Kad Pemandu yang aktif.

Walau bagaimanapun, sekiranya pemandu telah meninggal dunia pihak waris perlu memaklumkan berhubung perkara tersebut dan kelayakan bantuan dianggap terbatal.

8

Sampai bila portal ini dibuka?

Semakan pada laman sesawang yang disediakan iaitu http://prihatin.apad.gov.my/ boleh dibuat sehingga 31 oktober 2020.

9

Saya ada masalah mengenai pembayaran sewa harian. Terkesan akibat Covid…adakah APAD boleh membantu?

Perjanjian sewa harian adalah diantara dua (2) pihak pemandu dan syarikat secarra mutual agreement.

Oleh itu, disarankan pihak tuan/puan mengadakan perbincangan dengan syarikat bagi kelonggaran bayaran balik kredit tersebut.

10

Adakah bantuan Fasa 2 ini turut diberikan kepada pemandu ehailing?

Tidak. Pada masa ini, tiada sebarang pemakluman daripada pihak kementerian berhubung perkara ini.