Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Operasi APAD Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

PANDUAN MENGENAI PERKHIDMATAN UTAMA

AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)

 

(PANDUAN INI DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA TERTAKLUK KEPADA ARAHAN TERKINI)

 

ADAKAH KAUNTER APAD MASIH BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN INI?

Ya. Kaunter APAD Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah  masih beroperasi dalam masa yang terhad manakala  jumlah kaunter  dikurangkan,  bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang sahaja mulai 19 Mac 2020.  Orang ramai adalah dinasihatkan  memastikan kebersihan  diri dan mematuhi langkah pencegahan sebelum berusahan dikaunter.

Mana-mana orang yang mempunyai simptom deman, batuk atau yang telah diarahkan untuk menjalani self-quarantine adalah diminta untuk tidak mendapatkan sebarang perkhidmatan di kaunter.

 

APAKAH PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI KAUNTER APAD SEPANJANG TEMPOH INI?

Perkhidmatan kaunter yang dijalankan adalah :

  • Penerimaan kad pemandu
  • Melesenkan spek
  • Serahan dokumen kelulusan

 

ADAKAH PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH INI?

Selaras dengan pengumuman daripada Perdana Menteri pada 17 Mac 2020 yang lalu, perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

 

ADAKAH PERKHIDMATAN E-HAILING MASIH BOLEH BEROPERASI?

Ya, masih boleh beroperasi. Pemandu dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan menjaga kebersihan kenderaan dan diri sepanjang masa beroperasi.

 

ADAKAH KURSUS ICOP KESELAMATAN DITERUSKAN?

Tidak. Kursus ICOP Keselamatan ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

 

ADAKAH TERMINAL BAS MASIH BEROPERASI?

  • Ya. Namun begitu semua pengendali dan petugas kaunter perlu memastikan kawasan mereka sentiasa bersih dan mengambil langkah-langkah pencegahan penyebaran wabak.
  • Pengendali terminal memastikan semua penumpang untuk membuat pemeriksaan imbasan suhu badan sebelum memasuki balai pelepasan dan pintu masuk dan keluar utama.
  • Pengendali juga menyediakan hand sanitizer di setiap kaunter pembelian tiket dan pintu masuk/keluar utama.
  • Menjalankan pembersihan dan nyahkuman/disinfeksi dengan kerap di kawasan yang selalu disentuh oleh orang ramai.
  • Bagi penumpang yang tidak melepasi ujian saringan suhu badan adalah tidak dibenarkan menaiki bas
  • Penjualan tiket bagi perjalanan ke/dari luar negara adalah dilarang.
  • Perlu mengemukakan dokumen sokongan kebenaran perjalanan yang dibekalkan ketua balai untuk pembelian tiket rentas negeri (domestik).

 

APAKAH LANGKAH KESELAMATAN BAGI PENGUSAHA/PEMILIK KENDERAAN AWAM

  • Pengusaha/pemilik kenderaan awam perlu menjalankan proses pembersihan dan nyahkuman/disinfeksi dengan kerap dikawasan yang selalu di sentuh seperti pintu, kerusi, tempat pemegang.
  • Pengendali hendaklah membuat pemeriksaan imbasan suhu badan kepada pemandu bas sebelum memulakan tugas.

 

ADAKAH PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM KE LAPANGAN TERBANG MASIH BEROPERASI.

Ya, masih beroperasi. Perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit akan beroperasi secara bersama (combined service) dengan kekerapan 30 minit setiap satu.

 

KEKERAPAN TREN DI BAWAH KENDALIAN RAPID RAIL SDN BHD.

Selaras dengan arahan Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, perubahan jadual laluan rel di bawah kendalian Rapid Rail Sdn Bhd akan bermula pada 20 Mac hingga 31 Mac 2020 dengan perkhidmatan tren setiap 10 minit bagi ke semua laluan.

 

Sekian.

AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)

Kementerian Pengangkutan Malaysia.