Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

SPAD Bertindak: Kenderaan Berat Di Lebuhraya SILK

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Jumaat, 14 November 2014

Selepas menerima aduan daripada orang ramai melalui Bahagian Pengurusan Aduan SPAD (Hotline: 1-800-88-7723(SPAD), Email: aduan@spad.gov.my and Twitter: @aduanSPAD), SPAD telah mengambil tindakan keatas kenderaan berat yang merbahaya terhadap pengguna jalanraya lain di laluan Lebuhraya SILK (Laluan Puchong-Kajang).

Pegawai Penguatkuasa SPAD telah menjalankan siasatan dan telah mengambil tindakan berdasarkan aduan yang telah diterima. Berikutan dengan itu pelbagai operasi telah dijalankan sejak Januari 2014 di lokasi Lebuhraya SILK di sekitar laluan Puchong-Kajang. Hasilnya 97 lori telah ditahan kerana pelbagai kesalahan; ini termasuk 13 lori yang baru ditahan pada Oktober lepas.

Selain daripada operasi khas dan berkala yang dijalankan oleh SPAD, Bahagian Pengurusan Aduan dan Bahagian Penguatkuasaan SPAD akan berkerjasama dengan pihak pengendali lebuhraya untuk menjadi mata dan telinga SPAD. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama pasukan Polis Bantuan dan alat CCTV bagi memantau dan menguatkuasakan undang-undang.

Media