Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Pengenalan

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Satu inisiatif di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara), ISBSF diwujudkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan bas sebagai mod pengangkutan yang berkesan. Inisiatif ini bertindak sebagai langkah sementara untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan sosial (atau yang kurang menguntungkan).

Melalui penyediaan dana ini, APAD dapat memastikan operasi yang berterusan di laluan-laluan ini oleh pengendali sekaligus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sedia ada dan menggalakkan lebih ramai penumpang untuk menggunakan bas.

Bermula pada 3 Januari 2012, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM400 juta untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang bersedia untuk meneruskan perkhidmatan mereka di laluan sosial. Pada masa ini, APAD terus membiayai pengendali yang terlibat dengan dana yang disediakan pada tahun 2015. Pembiayaan ini dijangka diteruskan untuk tahun 2016.