Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Kriteria Kelayakan & Soalan Lazim

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version

Merujuk kepada kenyataan “kemampuan untuk beroperasi serta-merta...”, adakah ini merujuk hanya kepada syarikat bas berhenti-henti yang telah menutup laluan? Bolehkah saya memohon bantuan dana ini sekiranya syarikat bas berhenti-henti saya masih beroperasi di laluan sedia ada?

  • Pengendali sedia ada yang masih beroperasi di laluan sedia ada adalah layak untuk memohon dana sementara.
  • Pengendali yang masih beroperasi tetapi telah menutup laluan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan masih layak untuk memohon.

Permohonan

Di mana saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Bila saya boleh mendapatkan borang permohonan tersebut?

  • Bermula pada 3 Januari 2012 dan masih ditawarkan kepada pengendali yang layak di lokasi-lokasi di atas.

Dimanakah saya boleh menghantar borang permohonan?

  • Ibu Pejabat APAD yang beralamat:
    Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
    Aras 6, Block D, Platinum Sentral
    Jalan Stesen Sentral 2
    Kuala Lumpur Sentral
    50470 Kuala Lumpur
    Malaysia

Pembayaran

Bagaimanakah dana bantuan ini akan disalurkan?
Dana bantuan ini akan disalurkan melalui akaun bank pengendali seperti mana yang tercatat dalam perjanjian.

Bilakah pengendali bas berhenti-henti boleh mendapatkan dana tersebut?
Bantuan dana akan diproses apabila “perjanjian” ditandatangani oleh kedua-dua pihak, antara APAD dan pengendali. Dana tersebut akan dibayar kepada pengendali dalam tempoh 14 hari berikutnya.

Berapa lamakah bantuan dana akan disediakan kepada pemohonan yang berjaya?
Merujuk kepada terma perjanjian antara APAD dan pengendali bas berhenti-henti, tempoh bantuan ditetapkan selama enam (6) bulan (tertakluk kepada pembaharuan perjanjian selama enam (6) bulan berikutnya).

Penyerahan Dokumen

Berapa lamakah tempoh borang permohonan akan diproses?
Sekiranya pengendali memberi kerjasama dengan memberi maklumat yang diperlukan untuk pemprosesan, tempoh permohonan tidak melebihi empat (4) minggu.

Untuk mendapatkan pembayaran bulanan selepas kelulusan untuk mendapatkan dana, apakah dokumen yang perlu dihantar?
Pengendali dikehendaki menghantar maklumat permohonan berikut dalam tempoh satu (1) minggu pada bulan berikutnya bagi membolehkan penerimaan bayaran pada akhir bulan penghantaran permohonan:

(Jika pengendali tidak dapat menyediakan jumlah kos operasi bagi setiap laluan, mereka boleh mengemukakan akaun pengurusan mereka)

  • Hasil pendapatan bagi setiap laluan
  • Kos oparasi bagi setiap laluan
  • Gaji pemandu
  • Insentif pemandu (sekiranya ada)
  • Kos bahan api
  • Kos pentadbiran dan lain-lain
  • Jumlah penumpang bagi setiap laluan sebulan
  • Jumlah perjalanan bagi setiap laluan
  • Jumlah kilometer perjalanan untuk setiap laluan

Umum

Berapakah jumlah peruntukan yang boleh dipohon?
Penentuan dana yang dipohon hendaklah berdasarkan hasil kutipan, bilangan perjalanan pergi dan balik, jarak yang diliputi dan bilangan hari beroperasi.

Adakah saya perlu menandatangani perjanjian bagi semua laluan yang telah diluluskan? Apakah kesan sekiranya saya berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan di beberapa laluan yang telah diluluskan?
Ya, menandatangani perjanjian bermaksud pengendali bersedia untuk memberi perkhidmatan di semua laluan yang telah diluluskan. Penamatan beberapa laluan yang sedia ada akan menyebabkan dana tidak diagihkan bagi laluan yang tidak aktif. Pengendali akan diminta untuk mengendalikan laluan-laluan yang ditamatkan atau menyerahkan permit bagi setiap laluan sekiranya mereka tidak dapat mengendalikannya.

Apakah kriteria utama bagi pengagihan dana?
Kriteria utama adalah melalui penilaian keperluan perkhidmatan dan jangkaan jumlah penumpang dalam kawasan tersebut. APAD akan memantau jumlah penumpang setiap bulan bagi mengenal pasti keupayaan laluan yang berkaitan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya dana tidak mencukupi untuk menampung kos operasi? Bolehkah Pengendali menamatkan perjanjian?
Pengagihan dana kepada pengendali akan disemak dari semasa ke semasa. Pengendali boleh memaklumkan secara betulis kepada APAD sekiranya dana yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menampung kos operasi. APAD akan memutuskan sama ada untuk meluluskan peruntukan tambahan atau sebaliknya adalah berdasarkan tuntutan dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pengendali.

Pengendali boleh menamatkan perkhidmatan di laluan secara bertulis dan APAD berhak untuk melantik pengendali lain yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan di laluan tersebut.

Apakah yang akan terjadi sekiranya Pengendali menghentikan operasi setelah permohonan diluluskan?
Sekiranya bayaran telah dimasukkan ke dalam akaun pengendali, pengendali WAJIB mengembalikan keseluruhan jumlah yang telah dimasukkan ke dalam akaun pengendali kepada APAD dalam tempoh sebulan.
Kelewatan bayaran balik akan dikenakan faedah ke atas jumlah terkumpul pembiayaan. Kadar faedah yang dikenakan bersamaan dengan kadar (“Malaysian Government Securities”) MGS pada tarikh penamatan.

Siapakah yang memutuskan untuk menolak permohonan dan bolehkah pengendali mengemukakan rayuan?
APAD boleh memutuskan untuk menolak permohonan berdasarkan kriteria mandatori dan dokumen yang dikemukakan semasa menghantar borang permohonan. Jika permohonan ditolak, Pengendali boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada APAD.

Bagaimana orang awam boleh mendapat manfaat daripada dana bas berhenti-henti?
Dana ini disediakan untuk memastikan perkhidmatan bas berhenti-henti akan disediakan dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kebolehcapaian perkhidmatan yang disediakan.

Sebagai orang awam, bagaimanakah kami boleh mengemukakan aduan sekiranya perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan?
Aduan berhubung perkhidmatan yang tidak memuaskan boleh dikemukakan melalui talian bebas tol 1800-88-7723 dan juga melalui laman sesawang APAD www.apad.gov.my.