Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

  •  
  •  
  •  
  • A-
  • A
  • A+
  •  
about us

Tarikh tutup permohonan dan penebusan baucar tayar TR1Ma 2.0

Versi ramah pencetakSend by emailPDF version
Khamis, 19 Jun 2014
PEMBERITAHUAN
 
PERINGATAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN PENEBUSAN BAUCAR TAYAR TR1MA
 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat “S.P.A.D.” ingin mengingatkan bahawa tarikh akhir permohonan baucar tayar TR1Ma 2.0 adalah pada 31 Julai 2014 manakala tarikh akhir penebusan baucar tayar TR1Ma 1.0 dan TR1Ma 2.0 adalah pada 30 September 2014.
Permohonan baucar tayar TR1Ma 2.0 boleh dihantar ke semua kaunter S.P.A.D. dan cawangan-cawangan LPKP (bagi Sabah dan Sarawak) sebelum tarikh di atas. Borang permohonan baucar tayar TR1Ma 2.0 boleh didapati melalui laman sesawang S.P.A.D. iaitu di http://www.spad.gov.my/tr1ma atau di setiap kaunter S.P.A.D..
Pemohon yang telah membuat permohonan baucar tayar sebelum atau pada 31 Julai 2014 tetapi belum menerima baucar masih boleh menuntut baucar mereka sehingga 30 September 2014.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan S.P.A.D. di talian 1-800-88- SPAD (7723).
Sekian, terima kasih.