facebook

twitter

instagram

youtube

linkedin

telegram

Perkhidmatan Teksi dan e-hailing

Industri Teksi adalah terbahagi kepada tujuh (7) kelas lesen utama iaitu Teksi, Kereta Sewa, Teksi Mewah, Teksi Lapangan Terbang, Kereta Sewa dan Pandu, Kenderaan E-Hailing dan Syarikat E-hailing.

Berikut adalah perincian kepada industri teksi:

Teksi

Tafsiran
Tafsiran

Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam (6) orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang pada mana-mana perjalanan sebagai balasan kepada satu tambang.

Jenis Perkhidmatan
Jenis Perkhidmatan
  • Bajet
  • Eksekutif
  • Teksim
Model operasi
Model operasi
  • Mengambil dan menurunkan penumpang di kawasan operasi.
  • Tempahan (seperti E-hailing)
Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Lembah Klang
  • Johor Bahru (Bandar Johor Bahru sahaja)
  • Pulau Pinang (Kawasan Pulau sahaja)
Image
Image

Kereta Sewa

Tafsiran
Tafsiran

Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi enam (6) atau, dalam kawasan yang dibenarkan oleh APAD, dua belas (12) orang (dalam semua keadaan termasuk pemandunya) yang digunakan untuk membawa penumpang pada satu perjalanan sebagai balasan kepada bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan selain daripada Lembah Klang, Johor Bahru (Bandar Johor Bahru sahaja) dan Pulau Pinang (Kawasan Pulau sahaja).
Model operasi
Model operasi
  • Mengambil dan menurunkan penumpang di kawasan operasi.
  • Tempahan (seperti E-hailing)

Teksi Mewah

Tafsiran
Tafsiran

Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh (7) orang (termasuk pemandu) dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap atau dalam suatu kawasan yang dibenarkan sebagai balasan bagi satu bayaran.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan operasi yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan
Model operasi
Model operasi
  • Sewaan khas
  • Kontrak lantikan
  • Tempahan (seperti E-hailing)
Image
Image

Teksi Lapangan Terbang

Tafsiran
Tafsiran

Kenderaan motor yang muatan duduknya tidak melebihi tujuh (7) orang (termasuk pemandu) yang digunakan semata-mata untuk membawa orang ke dan dari lapangan terbang sebagai balasan bagi suatu bayaran dan dikendalikan dari suatu pangkalan tetap dalam suatu kawasan yang dibenarkan.

Jenis Perkhidmatan
Jenis Perkhidmatan
  • Bajet
  • Premier
  • Keluarga
Model operasi
Model operasi
  • Berpangkalan di lapangan terbang
Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Kawasan lapangan terbang Semenanjung Malaysia dan kawasan yang diluluskan APAD berdasarkan Permit Perkhidmatan

Kereta Sewa dan Pandu

Tafsiran
Tafsiran

Kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Seluruh Semenanjung Malaysia
Model operasi
Model operasi
  • Perjanjian kontrak dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaaan Negeri atau syarikat swasta untuk membawa pegawai atau kakitangan syarikat tersebut sahaja
Image
Image

Kenderaan E-hailing

Tafsiran
Tafsiran

Kenderaan motor yang muatan tempat duduknya empat (4) orang dan tidak lebih daripada sebelas (11) orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.

Kawasan operasi
Kawasan operasi
  • Seluruh Semenanjung Malaysia
Model operasi
Model operasi
  • Tempahan melalui aplikasi e-hailing sahaja

Syarikat e-Hailing Yang Telah Dilesenkan APAD (15 April 2024)


ehailing15042024

Image
logo

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M, 19 dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

+ Telefon Umum : 03-2603 6700

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1920 x 1080, pelayar Mozilla Firefox, Chrome & Safari

Hari Ini: 735

Semalam 1061

Minggu Ini: 5022

Bulan Ini: 13700

Jumlah Pelawat: 1002440

  • Kemaskini Terakhir : 08 April 2024.